Kejayaan atlet Malaysia meraih 145 pingat emas sekali gus menjadi juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) membawa kegembiraan berlipat ganda buat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata kejayaan itu menggembirakan negara yang menggalas tugas sebagai tuan rumah KL2017, dan lebih bermakna apabila ia dicatatkan menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2017 pada Khamis.
"Ini sebenarnya bukan double joy (kejayaan berganda) tapi triple joy (kejayaan berlipat ganda)... kemenangan berganda-ganda.
"(Sebanyak) 145 pingat emas daripada 404 pingat emas dipertandingkan, 35.9 peratus daripada semua pingat emas (menjadi milik Malaysia) menjadikan Sukan SEA Ke-29 yang paling berjaya bagi Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis penutup Sukan SEA dan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Najib berkata apa yang lebih menarik adalah apabila 30 daripada 145 pemenang pingat emas negara terdiri daripada generasi muda yang masih berada di bangku sekolah.
Menzahirkan ucapan tahniah kepada semua wira dan wirawati negara, Najib berkata pencapaian negara itu perlu menjadi penanda aras bagi atlet untuk meraih kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
"Anda adalah juara kami, wira kami, kebangaan dan inspirasi kami. Sukan SEA telah membawa mood negara yang begitu positif," kata Najib yang secara bersahaja mengajak para sukarelawan untuk naik ke pentas bersama-samanya ketika beliau menyampaikan ucapan.
Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Khairy sebagai arkitek kepada kejayaan negara menganjurkan Sukan SEA dengan melakarkan mimpi menjadi kenyataan.
Najib turut menyampaikan penghargaan kepada persatuan-persatuan sukan, sukarelawan dan rakyat Malaysia yang memberikan sokongan padu kepada atlet kebangsaan sepanjang temasya dwitahunan itu.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil mencatat sejarah tersendiri, teristimewa dan luar biasa kerana buat julung kalinya diadakan di stadium berkenaan.
" (Pada) 31 Ogos 1957, kemerdekaan diisytiharkan di Stadium Merdeka. Hari ini, kita berada di Stadium Nasional Bukit Jalil, saya nak mengajak kita mengimbas semula Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil yang melambangkan transformasi Malaysia dan 60 tahun perjalanan hebat negara," kata beliau.
Sukan SEA Ke-29 merupakan pencapaian terbaik negara dalam sejarah penyertaan temasya itu apabila muncul juara keseluruhan dengan meraih 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.
--BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2017
Para atlet 11 negara peserta berarak masuk sempena majlis penutupan rasmi Sukan SEA ke 29 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. -- fotoBERNAMA
Tumpuan Jumaat – 23 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Ogos 2024.
Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota
Wanita UMNO menuntut supaya calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.
KUSKOP komited bangunkan PMKS, bantu tembusi pasaran antarabangsa
KUSKOP sentiasa komited membangunkan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara sekali gus membantu menembusi pasaran antarabangsa pada masa akan datang.
Tengku Afzan, FD Idzham selamat diijabkabulkan
Anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar selamat diijabkabulkan.
Mesyuarat MT UMNO dengar perkara dibangkitkan tiga sayap - Mohamad Hasan
Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini mendengar laporan mengenai perkara yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang bersidang hari ini.
AWANI Ringkas: Serangan dron di Rusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa
IPT perlu memastikan pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa susulan kemasukan ke universiti awam pada tahun lepas melibatkan 193,029 pelajar.
Dinding penahan tanah runtuh, terasa seperti gempa bumi kecil - Mangsa
Seorang peniaga Azmi Baharudin berkata runtuhan itu menyebabkan lantai rumahnya yang berada di belakang dinding penahan berkenaan bergegar.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Atlet, legenda sukan suarakan solidariti untuk Gaza
Atlet, tokoh dan peminat sukan bersolidariti menunjukkan sokongan kepada Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
Hamidin yakin 20 hingga 29 atlet mampu beraksi di Olimpik Paris
Jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan dan kuota yang tidak digunakan.
SUKMA: Selangor hantar 1,138 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen Selangor menyasarkan untuk menurunkan 1,138 atlet bagi membawa cabaran dalam semua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen tuan rumah, Sarawak akan menurunkan kira-kira 1,000 atlet untuk mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.