HANOI: Pasukan renang Malaysia hilang sebutir pingat perak bagi acara 4X100 meter (m) gaya bebas lelaki, selepas pasukan itu bersama pasukan Singapura, dibatalkan penyertaan akibat pelepasan palsu di Pusat Akuatik Palace di sini, malam tadi.
Berdasarkan kepada keputusan awal ditunjukkan pada papan mata, Singapura yang dianggotai bekas juara Olimpik Joseph Schooling, Mikkel Lee, Quah Zheng Wen dan Jonathan Tan menamatkan perlumbaan terlebih dahulu dengan catatan masa 3 minit 17.19 saat.
Malaysia yang dibarisi Welson Sim, Lim Yin Chuen, Khiew Hoe Yean dan Arvin Shaun Singh Chahal, pula di tempat kedua dengan 3:20.13s, iaitu catatan lebih baik daripada rekod kebangsaan 3:21.06s yang dicatatkan di Sukan Asia 2018, diikuti Vietnam (3:21.81s).
Dengan pembatalan Singapura dan Malaysia menyaksikan Vietnam diberikan pingat emas, manakala Indonesia (3:24.090s) perak dan Thailand (3:24.280s) menang gangsa.
Jurulatih kebangsaan Chris Martin berkata pemeriksaan beliau terhadap sistem masa Omega, salah seorang daripada perenang terjun ke kolam 0.12 saat lebih awal.
"Kami amat kecewa kerana ia satu renangan yang bagus, satu rekod kebangsaan baharu, tetapi inilah yang terjadi, kami terlebih semangat. Telah beritahu mereka, kehilangan pingat ini seharusnya menjadikan mereka lebih semangat dalam acara individu dan tunjukkan keupayaan kita," katanya kepada media.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

Jurulatih kebangsaan Chris Martin berkata pemeriksaan beliau terhadap sistem masa Omega, salah seorang daripada perenang terjun ke kolam 0.12 saat lebih awal. - Foto fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sukan SEA Hanoi: Pasukan renang hilang perak selepas renangan dibatalkan
Malaysia dan Singapura dibatalkan penyertaan akibat pelepasan palsu di Pusat Akuatik Palace di sini, malam tadi.