MESYUARAT Jawatankuasa Pemilihan Atlet Sukan SEA Hanoi pada Khamis menyaksikan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) meletakkan sasaran tertinggi dengan lapan pingat emas di Vietnam, November depan.
Ia susulan prestasi meyakinkan juara bertahan temasya itu seperti jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei, dan atlet lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail.
Lebih menarik, KOM turut menyenaraikan ratu pecut, Zaidatul Husniah Zulkifli, yang belum pulih kecederaan lutut 'ACL'.
"Kami harap kali ini dapat lima (emas) dan maksimum lapan daripada acara lompat tinggi, lompat tinggi, lompat jauh, lempar cakera malah baling tukul besi menerusi kategori wanita," kata Presiden KOM, Datuk SM Muthu, di Wisma MOM semalam.
Begitupun, situasi berbeza melanda Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF) apabila kecederaan melanda pemenang pingat temasya, Prem Kumar, R Sharmendran dan terbaru, masalah lutut menimpa M. Mathivani apabila mampu menggugat misinya untuk mengulangi kejayaan memungut empat emas, dua tahun lalu.
"Kami sentiasa menyasarkan untuk muncul juara keseluruhan.
"Ia bukan mengenai berapa banyak emas yang dimenangi sebaliknya di mana kedudukan anda.
"Sekalipun seseorang atlet itu memenangi dua emas tetapi masih mampu dianggap sebagai yang terbaik dalam Sukan SEA, ia pencapaian yang bagus.
"Kami akan menghantar kontinjen yang terdiri daripada 50 peratus muka baru," kata Timbalan Presiden MAKAF, Datuk Vincent Chen.
Ia belum ditambah dengan perubahan barisan kejurulatihan acara kata, sekali gus sasaran buat karate belum lagi diumumkan.
Sementara itu, program latihan berpusat atlet negara di empat venue Majlis Sukan Negara (MSN) ditamatkan.
Ini bermakna sekitar 600 atlet dan jurulatih negara dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing bermula esok selepas menghabiskan tempoh lebih dua bulan berlatih secara kem kuarantin.
Ketika ini, terdapat empat venue menjadi kem latihan MSN iaitu Bukit Jalil, Bukit Kiara, Kampung Pandan dan Langkawi, Kedah.
Astro Arena
Thu Mar 18 2021
Lee Hup Wei ketika mengambil bahagian pada Acara Lompat Tinggi Lelaki Akhir sempena Sukan SEA Filipina 2019 di Stadium Athletics, New Clark City, 8 Dis, 2019. - Gambar fail BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia
Olimpian wanita pertama negara, Annie Choong, menghembuskan nafas yang terakhir semalam -- pada usia 90 tahun.
Olimpik Paris 2024: Hodgkinson rangkul emas olahraga pertama Britain
Keely Hodgkinson meraih pingat emas olahraga pertama Britain dalam Sukan Olimpik Paris dengan memenangi acara akhir 800m wanita.
Google Doodle raikan hari pembukaan Sukan Olimpik 2024
Google Doodle bukan sekadar logo statik tetapi turut hadir dengan paparan GIF yang bergerak-gerak.
Paris 2024 bukan larian terakhir di pentas Olimpik - Azeem
Pemegang rekod kebangsaan yang akan beraksi di Paris atas tiket wildcard ini tekad untuk layak secara merit pada edisi Los Angeles 2028.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
AUG 2024: Olahraga butir tiga lagi emas
Umar Osman meraih emas dalam acara larian 400m lelaki mencatat masa 47.22s di Gelanggang Olahraga Universitas Negeri Surabaya.
Azeem Fahmi, Shereen tempah slot final acara 100m, 400m Terbuka Kazakhstan
Harapan dua pelari negara, Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy untuk beraksi di temasya Olimpik Paris masih terbuka.
Shereen beri tumpuan 400 meter akhir esok bagi perbaiki kelayakan Olimpik
"Masa bukan dalam pemikiran saya hari ini, cuma berlari dengan tenang untuk layak ke pusingan akhir esok."
Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan: Coleman muncul raja pecut 60m
Ia meningkatkan jangkaan menyaksikan dua pelari terpantas merebut gelaran terbaik dunia.
Langkah baru buat Umar Osman yang bakal ke Auburn
Dia membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya dalam jurusan reka bentuk dan industri dan komited mahu meningkatkan prestasinya.