SEPANG: Atlet terjun lelaki kebangsaan Ooi Tze Liang berharap penampilan terakhirnya di Sukan Komanwel yang sedang berlangsung di Birmingham, England ketika ini mampu menghadiahkan 'magis' kepada skuad terjun negara.
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland menerusi acara 3 meter (m) papan anjal lelaki itu berkata dia telah melakukan latihan dua kali ganda lebih hebat bagi memastikan dirinya berada pada tahap prestasi terbaik menjelang temasya sukan berprestij itu.
"Umur saya sudah 28 tahun, jadi tiba masanya untuk 'move on'... Semestinya saya sudah memastikan untuk membuat tugas tambahan bagi edisi kali ini yang merupakan aksi terakhir di Sukan Komanwel.
"Saya harap boleh nikmati perlawanan dan bagi sehabis baik menggunakan segala jenis teknik terjunan yang dipelajari selama ini," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, beliau berharap mampu mempersembahkan terjunan terbaiknya berbanding edisi di Gold Coast, Australia yang menyaksikan beliau di tempat ke-10 bagi acara 3m papan anjal dan tempat keempat 3m papan anjal seirama lelaki bersama gandingan Chew Yi Wei.
Bagi penampilan kali ini, Tze Liang masih bergandingan dengan Yi Wei bagi 3m papan anjal seirama lelaki dan skuad terjun negara dijangka memulakan saingan di Pusat Akuatik Sandwell bermula Khamis (4 Ogos) ini.
Tze Liang berkata beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Yi Wei bagi merangka strategi memperkukuhkan teknik terjunan mereka di Birmingham.
"Empat tahun lepas kita baru tukar jurulatih dan ketika itu pasukan terjun tidak stabil, namun kali ini skuad negara lebih stabil. Saya yakin seluruh pasukan berlatih bersungguh-sungguh untuk ke sana (Birmingham)," katanya.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menetapkan sukan terjun sebagai satu daripada prospek penyumbang emas di Birmingham selain badminton, boling padang, powerlifting, gimnastik berirama dan angkat berat.
Sukan Komanwel Birmingham yang bermula secara rasmi Khamis lepas akan berlangsung hingga 8 Ogos ini dengan kira-kira 6,500 atlet dari 72 negara dan wilayah mengambil bahagian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022

Atlet terjun negara Ooi Tze Liang ketika meraikan kejayaannya memenangi acara 10 meter platform individu lelaki acara Terjun Asia Cup Ke 6. - Foto fail/BERNAMA
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

Imbasan CT Tze Liang normal - Hannah
Imbasan CT penerjun negara, Tze Liang, yang mengalami kecederaan semasa Terbuka Malaysia, didapati dalam keadaan normal.

Penerjun Ooi Tze Liang kemalangan, cedera kepala
Ooi Tze Liang, dilaporkan mengalami kemalangan sewaktu final acara 3m papan anjal lelaki Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia.

Tze Liang buru slot ke sukan Olimpik Paris 2024
Tze Liang berharap kekal konsisten menjelang Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar pada Februari 2024, yang menawarkan slot ke Olimpik Paris.

Sukan Asia Hangzhou: Penerjun Syafiq Puteh, Tze Liang lolos ke final
Penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh dan Ooi Tze Liang, membawa cabaran negara ke final acara 3 meter papan anjal lelaki Sukan Asia Hangzhou.

Sukan Asia: Gandingan baharu Muhamamd Syafiq-Tze Liang sumbang gangsa kedua kem terjun
Kem terjun negara menambah koleksi pingat gangsa menerusi gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki.

Tze Liang cabar penerjun muda teruskan legasi Malaysia di Sukan SEA
Tze Liang mengingatkan agar rakan sepasukan bekerja lebih keras bagi mengekalkan dominasi Malaysia di kolam renang dalam temasya dwitahunan itu.

Tze Liang rangkul pingat emas kedua
Ooi Tze Liang merangkul pingat emas kedua, kali ini bersama gandingannya Chew Yi Wei di Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di Bukit Jalil hari ini.

Sukan Komanwel: Tze Liang mahu cipta magis pada penampilan terakhir
Dia telah melakukan latihan dua kali ganda lebih hebat bagi memastikan dirinya berada pada tahap prestasi terbaik.

Pandelela-Tze Liang tamat saingan di tempat kelima acara berpasukan
Acara yang merupakan gabungan platform 10m dan papan anjal 3m itu menyaksikan Pandelela-Tze Liang mengumpul 350.25 mata.

13 pingat emas: Boleh kata saya seorang legenda - Tze Liang
Atlet terjun kebangsaan, Ooi Tze Liang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas merangkul pingat emas Sukan SEA yang ke-13 peribadinya di Pusat Akuatik My Dinh, hari ini.