KUALA LUMPUR: Gandingan penerjun negara Datuk Pandelela Rinong dan Ooi Tze Liang hanya mampu menduduki tempat kelima dalam acara 3 meter (m) dan 10m berpasukan campuran pada Kejohanan Dunia 2022, lewat malam tadi.
Acara yang merupakan gabungan platform 10m dan papan anjal 3m itu menyaksikan Pandelela-Tze Liang mengumpul 350.25 mata di Arena Duna di Budapest, Hungary.
Penerjun China memenangi acara itu apabila juara Olimpik dan dunia Quan Hongchan dan rakan Bai Yuming mengumpul 391.40 mata secara keseluruhan untuk meraih pingat emas ke-100 China dalam Kejohanan Dunia itu.
Pasangan Perancis Alexis Janard-Jade Gillet (358.50) dan penerjun Great Britain, Andrea Spendolini Sirieix-James Heatly (357.60), masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.
Dalam acara 3m papan anjal campuran kemudiannya, Muhammad Syafiq Puteh-Ng Yan Yee berakhir di tempat ketujuh dengan 275.46 mata.
China sekali lagi mengungguli podium menerusi Lin Shan-Zhu Zifeng (324.15), diikuti oleh penerjun Itali Chiara Pellacani-Matteo Santoro (293.55) dan James Heatly-Grace Reid (287.61).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022

Acara yang merupakan gabungan platform 10m dan papan anjal 3m itu menyaksikan Pandelela-Tze Liang mengumpul 350.25 mata. - Foto fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Bryan tinggalkan skuad terjun Malaysia, negara Asia jadi pilihan
Bryan menghantar surat perletakan jawatan pada 23 Disember lepas, dan secara rasmi menamatkan tugasnya bersama skuad kebangsaan pada 22 Januari.

Persekutuan Renang Malaysia teroka bakat baharu menerusi program atlet muda
Ia sebahagian usaha bagi memulihkan prestasi sukan terjun susulan persembahan mengecewakan pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha.

Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.

Kimberly positif 'masanya akan tiba' ke pentas Olimpik 2028
Kimberly tidak berkecil hati apabila namanya tidak tersenarai dalam acara Olimpik bagi penyertaan di Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Doha, Qatar.

Hari Kebangsaan: Penerjun mendarat selamat dan tepat walaupun angin kuat
Dalam aksi mendebarkan apabila perlu berdepan dengan cabaran angin kuat serta permukaan licin untuk mendarat ekoran hujan pada waktu subuh, enam penerjun dalam acara sambutan Hari Kebangsaan 2023 masi

Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.

Piala Dunia: Tiada pingat dari penerjun Malaysia di Berlin
Skuad terjun negara menamatkan cabaran pada Piala Dunia FINA 2022 apabila mereka berada di kedudukan terakhir dalam acara 3m dan 10m.

10m platform: Pandelela gagal naik podium
Atlet dari Sarawak itu berharap akan dapat melakukan terjunan yang lebih konsisten dalam dua lagi acara yang akan disertainya.

Pandelela-Tze Liang tamat saingan di tempat kelima acara berpasukan
Acara yang merupakan gabungan platform 10m dan papan anjal 3m itu menyaksikan Pandelela-Tze Liang mengumpul 350.25 mata.

Sukan SEA Vietnam: Yi Wei-Tze Liang pertahan emas 3m papan anjal seirama
Seperti dijangka, pasangan negara Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang tidak berdepan masalah menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia di Sukan SEA ke-31 selepas mengungguli final acara 3 meter (m) papan anjal s