BIRMINGHAM: Persembahan memukau pemain perseorangan lelaki utama negara Ng Tze Yong pada aksi final acara berpasukan campuran merupakan titik tolak kejayaan gemilang Malaysia dalam merampas kembali emas dengan menewaskan juara bertahan India 3-1, pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, malam tadi.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria ternyata kagum dengan semangat juang tinggi dimiliki pemain ranking 42 dunia itu dalam mengejutkan bekas pemain nombor satu dunia Kidambi Srikanth, 21-19, 6-21, 21-16 sekali gus menyumbang mata kedua negara pada perlawanan berlangsung di Dewan 5 Pusat Pameran Nasional, di sini.
"Tze Yong nampaknya dapat mengatasi situasi sukar dengan menampilkan prestasi amat baik dan momentum itu disambung beregu wanita kita, Pearly Tan-M. Thinaah yang menewaskan Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, 21-18, 21-17 untuk menghadiahkan kejayaan luar biasa ini.
"Perlu diingat kita merupakan 'underdog' (bukan pilihan) sebelum final dan bukannya 'favourite' (pasukan pilihan) namun kita berjaya buktikan tiada yang mustahil," katanya kepada pemberita selepas majlis pengalungan pingat.
Beliau pada masa sama menjelaskan para pemain negara nampaknya telah belajar daripada kesilapan semasa Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand Mei lepas, yang menyaksikan pentingnya untuk mencuri mata daripada kem perseorangan seperti dilakukan Tze Yong semalam.
BACA: Sukan Komanwel: Badminton berpasukan Malaysia tebus semula emas, tewaskan India 3-1
Malaysia yang tewas 2-3 kepada India pada suku akhir Piala Thomas 2022 menyaksikan dua daripada tiga perseorangan negara ketika itu tumpas seterusnya mengakibatkan mereka terus kempunan menamatkan kemarau 30 tahun tanpa sebarang gelaran dalam kejohanan berprestij badminton berpasukan dunia itu.
Beliau juga turut berbangga dapat melihat barisan pemain muda membalas dendam kekalahan perit 3-1 kepada India pada edisi Gold Coast 2018, dengan pasukan lawan mengejutkan pemain senior negara diketuai legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
"Pada 2018, India yang ketika itu dibarisi pemain muda seperti Srikanth serta gandingan beregu Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty menewaskan pemain senior kita, namun pencapaian hari ini ibarat satu kejayaan balas dendam dilakukan pemain muda kita," katanya.
Justeru, Mohamad Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata sokongan padu diperlukan daripada semua pihak dalam memastikan pemain muda ketika ini dapat mengecapi kejayaan lebih membanggakan dalam masa dua hingga tiga tahun dari sekarang.
Dalam pada itu, Mohamad Norza juga mengakui beban dipikul skuad badminton pada temasya sukan berprestij itu kini sudah berkurangan susulan kejayaan menghadiahkan emas ketiga negara setakat ini.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan para pemain badminton negara yang dilihat masih dahagakan kejayaan diharap mampu memberi aksi terbaik mereka dalam acara individu pula selepas ini, sekali gus membantu BAM mencapai sasaran dua emas yang perlu diraih di sini.
Pencapaian dilakar skuad badminton negara itu menyaksikan Malaysia kini muncul negara terbanyak memenangi emas acara berpasukan campuran pada temasya sukan empat tahun sekali itu iaitu pada edisi Melbourne 2006, New Delhi 2010 dan Glasgow 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
Aksi Pemain perseorangan Lelaki, Ng Tze Yong ketika menentang pemaian dari India, Kidambi pada perlawanan akhir badminton campuran berkumpulan. - Foto BERNAMA
Dasar peralihan tenaga buka peluang pemain OGSE kembang, teroka pasaran baharu
Sektor OGSE perlu melihat dasar peralihan tenaga kerajaan yang kukuh sebagai peluang untuk berkembang dan meneroka pasaran baharu serta kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
Skor Indeks Kesihatan Mental Belia tahap sederhana
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dedahkan skor Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 mencatatkan tahap sederhana.
#AWANIRingkas 5 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 November 2024
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
Projek atasi banjir RM316 juta di Sarawak sedang dilaksana
PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini melaksanakan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak di bawah RMK12 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM316 juta.
AWANI Ringkas: Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin enam warga Malaysia
Mahkamah Narathiwat menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman pada Isnin kerana disyaki memiliki dadah.
PM Anwar sifatkan Malaysia-China sebagai 'sahabat yang hebat'
Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
AWANI Borneo [5/11/2024] – PRN Sabah | Di seluruh negara | Mesra rakyat
Awani Borneo Selasa, 5 November 2024 bersama Assim Hassan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
Pegawai SPRM didakwa salah guna wang sitaan berjumlah RM613,000
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta dengan curang.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.
Thinaah tak sabar kembali berlatih bersama Rosman
Rosman individu penting yang berjaya mengubah karier Thinaah daripada pemain perseorangan sehingga muncul antara beregu terbaik dunia.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.
Legenda badminton Taufik Hidayat jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia
Pemain badminton lagenda Indonesia, Taufik Hidayat dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Wamenpora) dalam Kabinet Merah Putih di bawah pemerintahan Presiden Prabowo Subianto.
Terbuka Denmark: Axelsen tarik diri, muntah di tepi gelanggang
Juara Sukan Olimpik dua kali itu berdepan Alex Lanier sebelum meminta untuk berehat seketika sehingga muntah di tuala apabila tamat set pertama.
Aaron-Wooi Yik lepasi halangan pertama Terbuka Denmark 2024
Pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 itu beraksi cemerlang dengan menundukkan beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.
Aaron-Khai Xing juara Remaja Dunia, tamat kemarau 13 tahun
Aaron-Khai Xing muncul juara remaja dunia selepas mengharungi pertarungan rubber set selama 65 minit menentang pasangan tuan rumah.
Terbuka Artik 2024: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke final
Beregu profesional lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berpeluang untuk meraih gelaran ketiga mereka tahun ini selepas mara ke final Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland hari ini.
Meraikan sukan: Rakyat Malaysia bersatu untuk Hari Sukan Negara di China dan Indonesia
Dalam usaha menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, perwakilan diplomatik Malaysia di China dan Indonesia telah menganjurkan acara Hari Sukan Negara (HSN) di lokasi masing-masing.