BIRMINGHAM: Pasangan negara, Javen Choong dan Karen Lyne mencipta kejutan apabila mara ke pentas final acara ping pong beregu campuran pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC), di sini, semalam.
Turun sebagai beregu bukan pilihan, tidak menghalang Javen-Karen untuk menampilkan prestasi cemerlang dengan menewaskan pilihan ketiga dari Singapura, Clarence Chew Zhe Yu-Zeng Jian, 3-1.
Gandingan negara itu bermula baik apabila mencatat kemenangan 11-7 pada set pertama, namun kecundang 5-11 di set kedua, sebelum terus mempamerkan aksi meyakinkan dengan kemenangan di set ketiga dan keempat, masing-masing 11-7, 11-7.
Lebih manis, kejayaan beregu campuran itu berjaya mengubat kekecewaan mereka apabila tersingkir di peringkat suku akhir kepada lawan yang sama pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, Mei lepas.
Menanti Javen-Karen di pentas final hari ini, adalah pasangan dari India, Sharath Kamal Achanta-Sreeja Akula yang menumpaskan wakil Australia, Nicholas Lum dan Jee Minhyung, 3-2 (11-9, 11-8, 9-11, 12-14, 11-7).
Pengurus pasukan negara, Ting Hie Phin bangga dengan kejayaan pasangan negara itu dalam tugasan kedua mereka di peringkat antarabangsa selepas mula digandingkan pada awal tahun ini.
"Kita tidak jangka mereka mampu mara ke final sebab sasaran kita hanya ke suku akhir. Tetapi mereka menunjukkan prestasi cemerlang dan berharap mereka dapat membawa pulang pingat emas di sini," katanya.
Beliau berkata keyakinan tersebut juga berdasarkan kepada pencapaian beregu campuran negara itu di suku akhir dengan menundukkan pasangan India, Sathiyan Gnanasekaran-Manika Batra, yang merupakan pilihan utama dan berada dalam kedudukan 10 beregu campuran terbaik dunia.
Sebagai rekod, Malaysia belum pernah memenangi sebarang pingat dalam acara beregu campuran pada temasya Sukan Komanwel.
Pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia, kem ping pong negara hanya meraih satu pingat gangsa dalam acara beregu wanita.
Di temasya kali ini, skuad ping pong negara sudah meraih satu perak dalam acara berpasukan wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022

Karen Lyne bersama rakanya Ho Ying membalas hantaran lawannya dari Wales pada perlawanan separuh akhir berkumpulan wanita dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022 di National Exhibition Centre, 31 Julai. - Gambar fail/BERNAMA

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

SUKMA 2024: Wilayah Persekutuan dominasi ping pong
Wilayah Persekutuan membuktikan kuasa dominan dalam sukan ping pong apabila menamatkan saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan meraih empat daripada keseluruhan enam pingat emas dipertandingkan.

SUKMA 2024: Skuad ping pong Wilayah Persekutuan menang emas beregu wanita dan lelaki
Skuad ping pong Wilayah Persekutuan menambah koleksi emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 apabila mengungguli kategori beregu lelaki dan wanita, hari ini.

Ping pong B-19, B-15 lelaki cipta sejarah ungguli Kejohanan Remaja SEA 2024
Pada aksi final yang berlangsung di Arena Tan Sri Hamzah itu, menyaksikan skuad negara menewaskan Vietnam 3-0.

Saiz kontinjen ke Paris 2024 mungkin kecil daripada jangkaan
Saiz Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, berisiko menjadi lebih kecil berbanding beberapa edisi terdahulu selepas beberapa nama besar gagal melayakkan diri.

Chaoming akui sukar pertahan emas di Hangzhou
Beliau menjangkakan saingan sengit dari wakil Indonesia, China, Jepun dan Thailand yang dibarisi pemain baharu.

Ping pong: Malaysia terlepas lagi pingat emas beregu lelaki
Javen Choong-Wong Qi Shen tewas 1-3 kepada gandingan Singapura Izaac Quek-Koen Yew En Pang di pentas final Sukan SEA 2023 hari ini.

Skuad ping pong intai emas di Kemboja
Pemain ping pong negara Wong Qi Shen kini mengintai untuk memperbaiki pencapaiannya pada Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja yang dijadual berlangsung dari 5 hingga 17 Mei ini.

Sukan Komanwel: Impian Javen-Karen rangkul pingat emas musnah
Beregu negara itu kecundang 1-3 kepada pasangan dari India Sharath Kamal Achanta-Sreeja Akula.

Sukan Komanwel: Javen-Karen lakar kejutan mara ke final
Turun sebagai beregu bukan pilihan, tidak menghalang Javen-Karen untuk menampilkan prestasi cemerlang.

Birmingham 2022: Ho Ying tewas acara ping pong perseorangan wanita
Ho Ying tewas kepada pemain Australia, Liu Yangzi 13-11, 7-11, 5-11, 12-10, 4-11, 11-9, 7-11.