BIRMINGHAM: Selepas membantu Malaysia memenangi pingat perak pada acara berpasukan wanita, harapan pemain ping pong wanita negara Ho Ying untuk meneruskan cabaran dalam perseorangan wanita berakhir, selepas tewas pada peringkat pusingan 32 di Sukan Komanwel Birmingham 2022, di sini.
Ying tewas kepada pemain Australia, Liu Yangzi 13-11, 7-11, 5-11, 12-10, 4-11, 11-9, 7-11 di Pusat Pameran Nasional.
Bagaimanapun, Ying masih berpeluang untuk mendapatkan satu lagi pingat, apabila beliau dan Karen Lyne menewaskan Millicent Ankudi-Cynthia Kwabi dari Ghana 11-5, 11-5, 11-7, pada pusingan 64 untuk bertemu pasangan Australia Jee Minhyung-Lay Jian Fang pada pusingan 32 esok.
Malah Ying yang berpasangan dengan Leong Chee Feng dalam acara beregu campuran, layak ke pusingan seterusnya selepas mengatasi pasangan Brian Chan Yook Fo-Oumehani Housenally dari Mauritius 11-3, 11-4, 11-1 dan akan bertemu Sarath Kamal Achanta-Sreeja Akula dari India pada pusingan berikutnya.
Chee Feng yang bermain bersama Lee Yong Yi, juga gagal layak ke pusingan 16 beregu lelaki selepas tewas kepada pasangan Singapura, Clarence Chew Zhe Yu-Ethan Poh Shao Feng 11-13, 12-10, 3-11, 8-11.
Ia juga menjadi pengakhiran yang meyedihkan buat pasangan Choong Javen-Wong Qi Shen, selepas disingkirkan pasangan Paul McCreery-Zak Wilson dari Ireland Utara pada pusingan 64, 9-11, 11-6, 9-11, 11-9, 18-20.
Namun ia bukanlah penamat kepada Javen, kerana beliau akan beraksi pada pusingan 16 bersama Karen Lyne menentang Euguen Wang-Mo Zhang dari Kanada, selepas pasangan Malaysia itu menewaskan pasangan Afrika Selatan Nathoo Cheetan Ooka-Patel Danisha, 11-4, 11-8, 11-7.
Sementara itu pemain perseorangan lelaki negara, Chee Chao Ming terlepas peluang untuk beraksi di separuh akhir selepas menamatkan Kumpulan 2 untuk perseorangan lelaki kelas 8-10 di tempat ketiga, selepas beliau tewas kepada Tajudeen Agunbiade dari Nigeria, 11-13, 11-8, 10-12, 6-11.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Aksi Ho Ying (kanan) dan Karen Lyne ketika menentang pemain regu Singapura dalam acara ping pong berkumpulan wanita akhir sempena Sukan Komanwel Birmingham 2022 di National Exhibition Centre, Birmingham, 1 Ogos --fotoBERNAMA
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

Birmingham 2022: Ho Ying tewas acara ping pong perseorangan wanita
Ho Ying tewas kepada pemain Australia, Liu Yangzi 13-11, 7-11, 5-11, 12-10, 4-11, 11-9, 7-11.

Malaysia pamer aksi meyakinkan pada pembukaan acara perseorangan
Ho Ying, satu-satunya wakil negara melalui tiga perlawanan, tidak menghadapi masalah mengekalkan rekod bersih dalam Kumpulan 14.

Sukan Komanwel: Ho Ying tak percaya bawa Malaysia ke final
Ying menyumbang mata kemenangan untuk Malaysia dengan menumpaskan Charlotte Carey, 7-11, 11-9, 10-12, 11-7, 11-8.

Tujuh pemain ping pong negara desak campur tangan Syed Saddiq
Nama tujuh pemain ping pong negara sebelum ini digugurkan ke Sukan Sea 2019 oleh Persatuan Ping Pong Malaysia atas alasan disiplin.