SKUAD berbasikal trek negara meraih pingat gangsa berganda, masing-masing dalam acara pecut berpasukan lelaki dan pecut berpasukan wanita.

Trio pecut wanita, yang dibarisi Nurul Aliani Syafika Azizan, Nurul Izzah Izzati Rosli dan Anis Amira Rosidi, mencatatkan masa 49.025 saat untuk mengatasi lawan dari Taiwan, yang mencatatkan 50.785 saat dalam penentuan tempat ketiga di Velodorm Pusat Sukan Chun'an Jieshou sebentar tadi.

Menyusul kejayaan itu adalah trio pecut lelaki, yang dibarisi Umar Hasbullah, Ridhwan Sahrom dan Fadhil Zonis, di mana mereka mencatatkan 44.025 saat juga untuk menewaskan Taiwan, yang mencatatkan 44.276 saat, dalam penentuan pingat gangsa.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro