KUALA LUMPUR: Strategi itu berjaya!
Kemenangan 21-19, 21-14 ke atas juara dunia tiga kali, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia akhirnya menamatkan badi beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, untuk menawan kejuaraan dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022, di Tokyo, semalam.
Pencapaian itu menamatkan penantian 45 tahun peminat badminton tanah air untuk menyaksikan wakil negara meraih gelaran juara dunia, selain menjadi hadiah cukup istimewa kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022 yang bakal disambut 31 Ogos ini.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, berkata beliau mengetahui bukan mudah untuk mengalahkan beregu berpengalaman Indonesia digelar 'The Daddies' itu tetapi menasihatkan Aaron-Wooi Yij supaya memilih rali yang panjang dan tidak terlalu tergopoh-gopoh membalas hantaran.
"Kita dapat lihat betapa bagusnya Ahsan-Hendra bermain mulai pusingan pertama hingga separuh akhir, malah mereka menguasai set pertama hari ini (semalam). Saya memberitahu Aaron-Wooi Yik bahawa, dari segi kelajuan, mereka lebih baik dan boleh mencabar Ahsan-Hendra, tetapi perlu membina keyakinan diri.
"Mereka hanya terus berjuang mata demi mata, sehingga mereka mendapat peluang untuk mendahului dengan beberapa mata, di situlah timbulnya keyakinan mereka untuk memenangi perlawanan," kata Rexy dalam temu bual dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas aksi final itu.
Kuasa besar badminton seperti Indonesia, China, Jepun, Denmark dan Korea Selatan, malah Singapura, India dan Thailand telah melahirkan juara dunia namun gelaran dunia kekal sukar untuk Malaysia sehingga Aaron-Wooi Yik mencapai kejayaan semalam.
Rexy berkata, sejak kembali ke BAM sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan Oktober lalu, beliau lebih menumpukan pada usaha memupuk set minda kemenangan dan membina keyakinan Aaron-Wooi Yik berbanding kemahiran.
"Apabila menyentuh tahap mereka, kita tidak menumpukan kepada kemahiran dan teknik kerana ia tidak banyak yang perlu diubah tetapi kepercayaan dan keyakinan diri apabila berdepan dengan pemain utama. Jika memiliki pemikiran seperti 'dengan kemahiran saya, saya boleh bersaing dengan sesiapa sahaja.'
"Kemudian cuba kurangkan kesilapan dan pemikiran negatif mereka. Cuma semua perkara ini perlu saya perbaiki...Jadi apabila semua perkara ini dicantum, kemahiran itu akan terserlah," tambahnya.
Mengulas kritikan yang dihadapi oleh pemain kerana sering terkandas di peringkat separuh akhir, Rexy berkata kritikan sebegitu seharusnya hanya membina mentaliti yang kuat terutama pemain bertaraf dunia.
Ditanya tentang perasaannya apabila anak buahnya merangkul kejuaraan, beliau menyifatkan ia bagaikan amat teruja seperti seroang pesakit terlantar dan tiba-tiba sembuh dan boleh berlari.
"Ucapan tahniah kerana menjadi pemain pertama Malaysia merangkul kejuaraan. Saya sentiasa berpesan bahawa mereka hanya perlu bermain untuk diri sendiri, keluarga dan negara.
"Saya bangga dengan pencapaian mereka dan bersyukur kepada Tuhan kerana sepanjang minggu saya berdoa dengan memohon keberkatan diberikan kepada pemain untuk membawa pulang gelaran pertama di pentas dunia untuk Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022
![Strategi berhasil, beregu negara raih gelaran pertama juara dunia - Rexy Strategi berhasil, beregu negara raih gelaran pertama juara dunia - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661704539_RexyMainaky.jpg)
Rexy Mainaky, berkata beliau mengetahui bukan mudah untuk mengalahkan beregu berpengalaman Indonesia digelar 'The Daddies' itu. - Foto fail
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734178399_TBbadminton.jpg)
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
![Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732356467_WooiSikSahAaron.jpg)
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
![Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei sahkan slot suku akhir Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei sahkan slot suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722178759_TBBADMINTONPARIS.jpg)
Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei sahkan slot suku akhir
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan tiket ke suku akhir.
![Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716522663_MastersMalaysiaTa.jpg)
Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, cemerlang menewaskan lawan pasukan senegara Tan kian Meng-Lai Pei Jing, 21-19,21-14 untuk menempah slot awal ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia.
![Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696521316_Badmintonlelaki.jpg)
Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal mara ke separuh akhir acara badminton di Sukan Asia Hangzhou 2022.
![Sukan Asia: Dua lagi beregu negara, Tze Yong mara ke suku akhir Sukan Asia: Dua lagi beregu negara, Tze Yong mara ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696433030_AaronChiaSohWooi.jpg)
Sukan Asia: Dua lagi beregu negara, Tze Yong mara ke suku akhir
Mereka berjaya mara ke pusingan suku akhir Sukan Asia Hangzhou 2022, selepas menewaskan lawan masing-masing di Gimnasium Binjiang hari ini.
![Kejohanan Dunia: Tiga beregu negara mara ke suku akhir Kejohanan Dunia: Tiga beregu negara mara ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692410407_TBBEREGU.jpg)
Kejohanan Dunia: Tiga beregu negara mara ke suku akhir
Tiga beregu negara mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia 2023 di Royal Arena, Copenhagen, Denmark.
![Aaron-Wooi Yik tersingkir di suku akhir Terbuka Jepun Aaron-Wooi Yik tersingkir di suku akhir Terbuka Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690521118_badminton.jpg)
Aaron-Wooi Yik tersingkir di suku akhir Terbuka Jepun
Kegagalan terus menghantui beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas tersingkir di peringkat suku akhir Terbuka Jepun.
![Badminton Terbuka Jepun: Empat beregu Malaysia bermula cemerlang Badminton Terbuka Jepun: Empat beregu Malaysia bermula cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690272110_OngYewSinTeoEeY.jpg)
Badminton Terbuka Jepun: Empat beregu Malaysia bermula cemerlang
Empat beregu Malaysia bermula cemerlang di pusingan pembukaan Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2023 di Tokyo, hari ini.
![Strategi berhasil, beregu negara raih gelaran pertama juara dunia - Rexy Strategi berhasil, beregu negara raih gelaran pertama juara dunia - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661704539_RexyMainaky.jpg)
Strategi berhasil, beregu negara raih gelaran pertama juara dunia - Rexy
Rexy Mainaky, berkata beliau mengetahui bukan mudah untuk mengalahkan beregu berpengalaman Indonesia digelar 'The Daddies' itu.