PUTRAJAYA: Status penganjuran temasya sukan terbesar negara, Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur dijangka diumumkan Majlis Sukan Negara (MSN) hujung bulan ini.
Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) Dr Hasnul Faizal Hushin Amri berkata pihaknya akan mengemukakan kertas kerja mengenai penganjuran itu untuk dibentangkan pada mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.
"Sekiranya kita sudah menerima jawapan daripada Kabinet, cadangan itu akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Teknikal, seterusnya Jawatankuasa Tertinggi Sukma akan memutuskan jenis sukan, lokasi dan bajet yang diperlukan.
"Selepas itu, MSN akan mengumumkan perkara itu (perancangan Sukma) kepada semua negeri dan daripada itu kita akan mula menyusun semula perancangan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Simposium Perubatan Ragbi Malaysia di sini hari ini.
Beliau pada masa sama turut memaklumkan cadangan lokasi penganjuran Sukma 2022 adalah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya namun perkara itu belum disahkan Jawatankuasa Tertinggi Sukma.
"Kami ada terima maklumat lokasi penganjuran di sekitar Selangor, sebahagian Kuala Lumpur dan sebahagian tempat mungkin di Putrajaya, tetapi lokasi utama akan diadakan di Bukit Jalil," katanya.
Pada Oktober lepas, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan Sukma 2020 di Johor yang sepatutnya berlangsung dari 2 hingga 10 April 2021 ditangguhkan ke 2024.
Bagaimanapun, KBS bersetuju supaya MSN menganjurkan Sukma di Kuala Lumpur pada tahun depan.
Mengenai program julung kali hari ini, Pengarah Perubatan dan Kebajikan Ragbi Malaysia Dr Nik Haziman Wan Hamat berkata penganjurannya adalah sebagai platform kepada atlet dan orang ramai didedahkan dengan ilmu pengetahuan perubatan sukan terutamanya ragbi.
Beliau berkata program itu berjaya menghimpunkan 110 peserta dan sembilan penceramah akademik World Rugby.
Program yang sepatutnya diadakan pada tahun lepas itu terpaksa ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 11 2021
Dr Hasnul berkata pihaknya akan mengemukakan kertas kerja mengenai penganjuran itu untuk dibentangkan pada mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat. - Gambar/ Sinar Harian
UniMAP rangka Pelan Strategik 2026-2030, sasar penghasilan 37,500 bakat
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedang merangka Pelan Strategik UniMAP 2026-2030 yang antara lain menyasarkan melahirkan seramai 37,500 bakat menjelang 2030.
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Pegawai kadet UPNM didakwa cederakan junior guna seterika wap panas
Seorang pegawai kadet UPNM mengaku tidak bersalahatas pertuduhan mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan penurunan kadar Fed
Ringgit dibuka pada 4.38 berbanding dolar AS pada Jumaat selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.
Niaga SPOTLIGHT: GLC, GLIC Investments - Transparency and Accountability
Malaysia’s GLICs hold combined AUM valued at over RM1.8 trillion, roughly the size of Malaysia’s nominal GDP
Following the enactment of the Audit (amendment) Bill, which took effect on 1st November, the Auditor-General now holds the authority to audit the accounts of 1,856 entities, including GLCs.
If audits uncover just RM1 million in savings per company, the total could reach RM2 billion - resources that can be allocated towards transforming Malaysians’ lives for the better.
NIAGA SPOTLIGHT focuses on transparency and accountability for GLCs and GLICs to identify underperforming entities and improve Malaysia's overall economic landscape.
Following the enactment of the Audit (amendment) Bill, which took effect on 1st November, the Auditor-General now holds the authority to audit the accounts of 1,856 entities, including GLCs.
If audits uncover just RM1 million in savings per company, the total could reach RM2 billion - resources that can be allocated towards transforming Malaysians’ lives for the better.
NIAGA SPOTLIGHT focuses on transparency and accountability for GLCs and GLICs to identify underperforming entities and improve Malaysia's overall economic landscape.
14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California
Lebih 25 juta orang kini berada di bawah amaran 'Red Flag' kerana keadaan kebakaran yang "melampau dan mengancam nyawa."
Bursa Malaysia rendah sedikit dalam dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 mata kepada 1,622.82 daripada 1,623.28 pada Khamis.
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
Status Sukma 2022 diumum akhir bulan ini - Pengarah MSWP
Status penganjuran temasya sukan terbesar negara, Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur dijangka diumumkan Majlis Sukan Negara (MSN) hujung bulan ini.