IPOH: Kerajaan negeri belum menerima permohonan rasmi daripada Kelab Bola Sepak Perak (Perak FC) berhubung hasrat pemilikan tanah bagi membangunkan stadium dan latihan sendiri di Chepor di sini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sekiranya hasrat itu mahu diteruskan, permohonan perlulah dibuat kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk melalui proses yang telah ditetapkan.
"Saya belum dapat permohonan itu. Dia (Perak FC) hantar kepada siapa?
"Mereka kena hantar kepada Pejabat Tanah, katakan permohonan tanah itu di Chepor, maka kena hantar kepada Pejabat Tanah Manjoi dan permohonan itu akan diproses," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Pertandingan Pidato Perak Sejahtera 2030 Piala Menteri Besar Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Saarani berkata, tiada jaminan keistimewaan diberikan terhadap permohonan itu, sebaliknya akan melalui proses sama sepertimana permohonan pemilikan tanah kerajaan yang lain.
"Orang yang mohon tanah ada ramai, ada nak buat stadium, padang bola, kuil, bangunan sekolah dan macam-macam lagi.
"Jadi untuk permohonan Perak FC ini, kita layan sepertimana permohonan biasalah, tak boleh minta hari ini, esok nak dapat, itu tak boleh," katanya.
Beliau berkata, sepertimana kebiasaan, PTG perlu membuat semakan dan perincian bersama jabatan teknikal lain terlebih dahulu bagi memastikan tanah yang dimaksudkan benar-benar kosong dan sesuai.
"Jika semua jabatan tiada halangan, maka syor pemilikan itu akan dibawa PTG ke dalam mesyuarat Exco. Kalau PTG kata boleh diluluskan, maka Mesyuarat Exco akan luluskanlah," katanya.
Perak FC dilapor berhasrat memiliki sebuah stadium dan pusat latihan sendiri bagi menyediakan prasarana terbaik kepada pemainnya sebagai usaha membawa kembali pasukan itu ke puncak kegemilangan.
Menurut Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, terdapat tanah 'kosong' di sekeliling pusat latihan pasukan di Chepor, Ipoh yang dilihat sesuai untuk dibangunkan sebagai pusat latihan baharu selain hotel, pusat fisioterapi, gimnasium dan kemudahan lain yang diperlukan pemain.
Permohonan itu dimaklumkan sudah dibuat kepada pihak berkuasa di Perak dan proses perbincangan masih lagi berjalan.
Perak FC yang ketika ini bersaing dalam Liga Premier dijangka bertanding dalam Liga Super musim depan ekoran penstrukturan semula Liga Malaysia (Liga-M) yang dilakukan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Bagaimanapun keputusan rasmi hanya akan diketahui dalam masa terdekat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 29 2022
Saarani berkata, tiada jaminan keistimewaan diberikan terhadap permohonan itu, sebaliknya akan melalui proses sama sepertimana permohonan pemilikan tanah kerajaan yang lain. - Gambar fail
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Perak kenal pasti, pantau beberapa ajaran sesat
Menurut Saarani, Bahagian Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Perak akan membuat kajian mendalam mengenai ajaran-ajaran sesat berkenaan.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
Perak nafi lulus RM30 juta untuk pembangunan Kampung Baru Cina - Saarani
Kerajaan negeri Perak menafikan dakwaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembangunan Kampung Baru Cina di negeri ini.
Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).