TANJUNG MALIM: Prosedur operasi standard (SOP) bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2022 yang dijadual bermula bulan depan masih dikekalkan setakat ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata tiada cadangan untuk memberi kelonggaran SOP dari semua aspek bagi kancah liga bola sepak tanah air itu susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 sejak akhir-akhir ini.
"SOP dalam Liga Malaysia masih terpakai dan saya berharap orang ramai sentiasa mengikut perkara ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM). Ia demi keselamatan semua pihak dan SOP kendiri lebih penting untuk memastikan tiada penyebaran COVID-19.
"Bagaimanapun, saya nasihatkan orang ramai dan mereka terlibat (dalam Liga-M) supaya mendapatkan dos penggalak," katanya ketika ditemui Bernama dan RTM selepas menutup Program Mengenal Pasti Bakat Murid Tahun 2022 di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini semalam.
Pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam dilapor berkata permintaan untuk memberi kebenaran kepada penyokong makan dan minum adalah satu daripada tiga pertimbangan ditawarkan badan pengelola liga tempatan itu yang ditolak pihak berwajib (kerajaan) untuk musim baharu Liga-M.
Stuart berkata pertimbangan lain yang turut ditolak adalah soal kuarantin pemain jika ada kes dalam pasukan serta penambahan jumlah kemasukan penonton ke venue perlawanan.
Saingan Liga Super dijadual bermula pada 4 Mac manakala perlawanan pembukaan Liga Perdana akan diadakan mulai 5 Mac ini.
Terdahulu, lebih 300 murid yang menyertai program TID melibatkan dua fasa iaitu pada 26 dan 27 Jan lepas serta dua hari bermula Rabu, akan dinilai untuk ditawarkan sebagai atlet murid di Sekolah Sukan Negeri Perak bagi kemasukan tingkatan satu tahun ini.
Ahmad Faizal berkata pemilihan murid berbakat akan diputuskan dalam mesyuarat pemilihan melibatkan antaranya sukan bola sepak, sepak takraw, bola jaring dan hoki dengan ujian diadakan bukan hanya berfokus kepada kemahiran dan kecergasan, malah turut memberi tumpuan terhadap kemampuan murid dalam akademik.
"Hasil dapatan daripada program ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah khasnya jurulatih merangka latihan dan strategi berkesan dalam mengoptimumkan potensi dan bakat sukan murid," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022
AHMAD FAIZAL: SOP dalam Liga Malaysia masih terpakai dan saya berharap orang ramai sentiasa mengikut perkara ditetapkan MKN atas nasihat KKM. - Gambar fail BERNAMA
Santuni MADANI: Kampung Pertanian dipilih kampung angkat Dr Zaliha
Dr Zaliha pernah membuka klinik di kawasan Bandar Putra Kulai dengan kebanyakan pesakit adalah penduduk dari Kampung Pertanian.
Sidang Kemuncak ASEAN: Lebih 2,000 delegasi, media antarabangsa siap sedia untuk perbincangan penting di Laos
Persiapan sedang giat dilakukan ketika pihak berkuasa dari pelbagai sektor berusaha memastikan sambutan lancar bagi pemimpin dan delegasi dari 10 negara anggota ASEAN.
Ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk, perlu peruntukan besar untuk diperbaiki
Baik pulih ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk memerlukan kos yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya 10 juta bagi setiap ban, kata Ahmad Zahid.
Uji kaji vaksin Marburg dimulakan di Rwanda
Rwanda melancarkan uji kaji vaksin terhadap virus Marburg susulan wabak yang melanda negara itu baru-baru ini, umum pihak berkuasa kesihatan.
Tumpuan Isnin – 07 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (06 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel serang lagi pinggir bandar Beirut ketika pertempuran di sempadan memuncak
Pesawat perang Israel giat mengebom kawasan pinggir bandar selatan Beirut awal Ahad, menyasarkan kawasan kediaman dan mencetuskan kebakaran yang berterusan hingga ke pagi.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu
Pekerja Amazon diarah kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka.
Makanan tradisional Bajau Seri Semporna ubati kerinduan perantau
Meskipun nasib tidak menyebelahi Azreena apabila terpaksa menutup restoran ketika musim pandemik, setahun kemudian mereka mampu bangkit kembali.
Pesta Air Kuala Perlis medium rapatkan hubungan masyarakat
Pesta Air Kuala Perlis antara acara tradisi di Perlis sejak tahun 50-an, kini kembali selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste