BEREGU campuran Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dengan mudah menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan gandingan Indonesia pada perlawanan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura, di sini, hari ini.
Beregu campuran nombor dua negara itu mencatatkan kemenangan mudah 21-17, 21-13 ke atas Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari pada pertarungan selama 33 minit di Stadium Tertutup Singapura di sini.
Soon Huat-Jemie Lai, selaku pilihan kedua kejohanan, akan berdepan wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai di pentas separuh akhir esok.
Dalam pada itu, pasangan Thailand itu mara ke separuh akhir selepas terpaksa berhempas pulas selama 52 minit sebelum mengalahkan gandingan Hong Kong, Chang Tak Ching-Ng Wing Yung dalam rubber set 18-21, 21-8, 21-16.
Sementara itu, pilihan utama beregu campuran dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir akan berdepan dengan gandingan senegara, AKhbar Bintang Chayono-Winny Oktavina Kandow pada pertemuan separuh akhir.
SUKAN-BADMINTON (TERBUKA SINGAPURA) 2 (AKHIR) SINGAPURA
Tontowi-Liliyana hanya memerlukan masa 31 minit untuk meneruskan buruan gelaran apabila menyingkirkan gandingan pilihan ketujuh, Reginald Lee-Chau Hoi Wah dari Hong Kong dalam straight set 21-16, 21-15.
Akhbar-Winny pula menyingkirkan gandingan Taiwan, Liao Min Chun-Chen Hsiao Huan 21-10, 21-13 dalam masa 25 minit pada satu lagi aksi suku akhir.
Sementara itu, wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki, Chong Wei Feng gagal meneruskan cabaran pada kejohanan bernilai US$355,000 (RM1.44 juta) itu apabila gagal ke separuh akhir selepas tunduk kepada pemain China, Qiao Bin, 14-21, 18-21 dalam pertarungan selama 48 minit.
Turut mengalami nasib sama apabila beregu lelaki negara, Mohamad Arif Ab Latif-Nur Mohd Azriyn Ayub tewas kepada beregu China,Ou Xuanyi-Xiangyu Ren 21-9, 16-21, 15-21 dalam masa 45 minit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 20 2018
Soon Huat-Jemie Lai, selaku pilihan kedua kejohanan, akan berdepan wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai di pentas separuh akhir esok.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
Cabaran Soon Huat-Shevon di Jepun terhenti
Pasangan nombor 10 dunia itu terpaksa akur tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.
Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir
Dalam set pertama, pasangan Malaysia ini memimpin perlawanan 11-7 sebelum pasangan Jepun menyamakan kedudukan seketika kepada 12-12.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.
Thinaah tak sabar kembali berlatih bersama Rosman
Rosman individu penting yang berjaya mengubah karier Thinaah daripada pemain perseorangan sehingga muncul antara beregu terbaik dunia.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.