KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) memulakan langkah awal dengan mengikat penyerang import baharu, Sony Norde bagi memperkuat jentera skuad itu musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Ab Rasid Jusoh berkata pemain kelahiran Haiti berusia 33 tahun itu telah menandatangani kontrak selama setahun dengan pihaknya.
Beliau berkata sebelum menyertai TFC, Norde yang juga bekas pemain kebangsaan Haiti pernah mencipta nama dengan pasukan Melaka United FC.
"Norde yang akan menyarung jersi nombor 11 bakal beraksi di posisi serangan dan sayap, bergantung kepada kedudukan taktikal yang akan dirangka Ketua Jurulatih Tomislav Steinbruckner.
"Beliau memiliki kualiti penyerang yang sangat baik ketika beraksi dengan Melaka United FC musim ini. Kita berharap agar kehadirannya dapat menguatkan jentera di posisi tersebut musim depan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Sementara itu, Norde berkata beliau berasa amat teruja kerana berpeluang beraksi bersama skuad Penyu yang dianggap sebagai pasukan gergasi bola sepak negara masa kini.
Katanya, antara faktor yang mendorong beliau memilih untuk bersama TFC ialah peluang beraksi di pentas Piala Konderasi Asia (AFC) dan rasa kagum terhadap sokongan peminat tegar bola sepak Terengganu terhadap pasukan kesayangan mereka.
Norde yang berketinggian 1.78 meter memulakan karier bola sepak profesional dengan menyertai skuad pembangunan, Boca Juniors di Argentina pada 2008 hingga 2011, sebelum berhijrah ke Liga Mexico untuk bersama kelab San Luis B dan Altamira.
Kelab lain yang pernah disertainya ialah Sheikh Russel KC dan SJD Club dalam Liga Bangladesh; kelab terkemuka India, Mohun Bagan serta Mumbai City FC; dan terakhir Zira FK iaitu kelab dalam liga utama Azerbaijan sebelum berhijrah ke Liga Malaysia melalui Melaka United FC.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

Norde akan menyarung jersi nombor 11 dan bakal beraksi di posisi serangan dan sayap, bergantung kepada kedudukan taktikal. - Foto Facebook Terengganu FC

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.

Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi
Meskipun tewas kepada BG Pathum United dalam kelayakan ke separuh akhir ACC minggu lepas namun TFC bangkit menewaskan pasukan tuan rumah.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

TFC tempang hadapi JDT
Ia termasuk penyerang import kelahiran Nigeria Ismaheel Akinade, Muhammad Akram Mahinan, dan penjaga gol Muhammad Rahadiazli Rahalim.

Ketumpulan penyudah punca TFC tewas
Badrul Afzan amat kecewa dengan ketumpulan jentera hadapan yang tidak berhasil menjaringkan gol biarpun peluang sudah terhidang depan mata.

JDT catat kemenangan penting, Selangor kempunan tiga mata
JDT yang kini selesa di persada liga dengan mengumpul 52 mata, berpeluang cerah untuk muncul juara apabila dibezakan 13 mata di depan pencabar terdekat Selangor FC.

TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.

Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.