JOHOR BAHRU: Malaysia terus berputih mata selepas gagal meraih sebarang mata apabila dikecewakan 0-8 kepada Australia yang berpesta gol pada perlawanan hari kedua Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya, di sini, malam tadi
Pada awal perlawanan, skuad remaja negara tampil bersemangat dan agresif, malah pemain pertahanan Muhammad Faris Harizan, Wan Muhammad Najmie Ahmad Dzaib, T. Perabu, Azmilmuizzudin Misron dan penjaga gol Mohamad Rafaizul Mohamad Saini berjaya menggagalkan tiga percubaan pukulan sudut penalti yang diperoleh pasukan pelawat pada suku pertama.
Namun, barisan hadapan skuad remaja negara gagal menemukan rentak setiap kali menyerang menyebabkan percubaan untuk jaringan tidak dapat disempurnakan.
Pada minit ke-19 suku kedua, skuad hoki pelawat kendalian Jay Stacy berjaya memecah kebuntuan menerusi gol padang pertama hasil jaringan Liam Hart dan terus bangkit dengan jaringan kedua menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Jake Lambeth.
Pada minit ke-36 dan ke-44 Australia yang pernah menjadi juara kejohanan itu pada 2016 dan 2017 terus menjaringkan gol masing-masing menerusi David Hubbard dan pukulan sudut penalti yang disempurnakan Cooper Burns, hasil pukulan Hart.
Semangat anak-anak buah Muhamad Amin Rahim dilihat terus merudum pada suku keempat, sehingga Australia berjaya menjaringkan dua gol padang berselang dua minit, hasil pukulan Hart pada minit ke-47 dan Jack Holland pada minit ke-49.
Berbaki lima minit sebelum wisel penamat, Burns sekali gus mencipta hatrik selepas dua kali menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-55 dan ke-58, sebelum rakan sepasukan Brodee Foster menjaringkan gol padang yang juga gol kelapan bagi Australia, seminit kemudian.
Pada aksi pembuka tirai pada Sabtu, Malaysia terpaksa akur dengan kekuatan naib juara edisi kesembilan, India, apabila tewas 2-5.
BACA: SOJC: Malaysia tewas 2-5 dengan India pada aksi pembuka tirai
Sementara itu, Jepun yang membuat kemunculan kali kelima pada kejohanan itu, memperoleh tiga mata pertama selepas mengejutkan juara bertahan 2019 Great Britain dengan 2-1.
Pasukan matahari terbit itu mendapat dua gol padang pada suku pertama dan kedua, menerusi Hiro Saito pada minit ke-17 dan Tsubasa Tanaka pada minit ke-27 manakala gol tunggal pasukan kendalian Jon Bleby dijaringkan Max Anderson seminit sebelum babak suku kedua berakhir.
Turut mencipta kejutan ialah pasukan Afrika Selatan yang berjaya mengalahkan pasukan pilihan, India, 5-4 dalam perlawanan kedua mereka pada kejohanan ini.
Perlawanan akan bersambung pada Selasa dengan Great Britain bertemu Australia; Jepun berdepan India dan tuan rumah menentang Afrika Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2022
Pemain Malaysia Muhammad Mamat dicabar pemain Australia pada Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya. - Foto BERNAMA
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
SOJC: Tewas kepada Jepun, Young Tigers tamatkan saingan di tempat terakhir
Kejohanan yang berlangsung sejak 19 Okt itu menyaksikan Young Tigers gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam semua perlawanan.
SOJC: Malaysia tewas 2-4 kepada India
Ia kekalahan ketiga berturut-turut selepas tewas kepada Jepun pada aksi kedua pada Ahad dan kepada New Zealand pada aksi pertama Sabtu lepas.
SOJC: Young Tigers gagal raih kemenangan pertama tewas 2-3 bertemu New Zealand
Skuad remaja kebangsaan gagal meraih kemenangan pertama selepas ditewaskan New Zealand 2-3 pada aksi pembukaan SOJC 2024.
SOJC: Jerman, Australia berentap di pentas final
Jerman berpesta gol menewaskan India 6-3 dan Australia pula menumpaskan Pakistan 2-1.
Malaysia akhiri saingan SOJC di tempat ketujuh, tewaskan Afrika Selatan
Skuad Young Tigers hanya mencatatkan satu kemenangan sulung pada pertandingan bawah 21 tahun itu selepas tewas dalam empat perlawanan.
SOJC: Tidak ikut perancangan punca tumpas kepada Great Britain - Ketua Jurulatih
Muhamad Amin berkata, keadaan itu menyebabkan pasukan bimbingannya memberi ruang kepada pasukan lawan untuk menjaringkan banyak gol.
SOJC: Malaysia kecundang kali keempat
Great Britain tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila menghasilkan gol seawal minit kelima.
SOJC: Malaysia tewas lagi, kali ini kepada Pakistan
Keputusan itu menyaksikan Malaysia tewas dalam semua tiga perlawanan berturut-turut dan menduduki tempat tercorot dalam Kumpulan B.
SOJC: India kukuh kedudukan selepas benam New Zealand 6-2
Undia mengukuhkan kedudukan di tangga teratas kumpulan dengan tujuh mata, Pakistan di tangga kedua, New Zealand di tempat ketiga.