KUALA LUMPUR: Malaysia mendominasi perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 dengan menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita di Dalian, wilayah Liaoning, China, hari ini.
Pasukan wanita negara berjaya merampas kembali kejuaraan dengan menumbangkan juara bertahan Hong Kong 2-0.
Ratu skuasy wanita negara N.Sivasangari memulakan rentak kemenangan Malaysia dengan menyumbang mata pertama dengan mengatasi Ho Tze Lok, dalam pertarungan lima set, menurut laman sesawang https://worldsquash.tv/sportitem/6644bb3a2573fe036b95bd57.
Pemain nombor 10 dunia dan juara Sukan Asia Hangzhou 2022, Sivasangari mencatatkan kebangkitan menakjubkan selepas ketinggalan set pertama untuk menang 3-2 (10-12, 13-11, 11-6, 10-12, 11-8).
Perseorangan kedua negara Rachel Arnold jelas meneruskan momentum kemenangan untuk mengesahkan kemenangan mutlak apabila mengecewakan Tong Tsz Wing 3-0 (11-6, 11-5, 11-8).
Kemenangan yang memberangsangkan ini mengesahkan dendam manis Malaysia terhadap Hong Kong yang telah memusnahkan harapan mereka untuk gelaran berturut-turut pada final 2022.
Jurulatih kebangsaan Shahril Shahidan memuji ketabahan Sivasangari dan menyerlahkan fokus dan ketenangan Rachel pada perlawanan akhir.
"Sivasangari mencipta kebangkitan yang baik...ia adalah perlawanan naik-turun untuknya hari ini, terutama apabila memperagakan aksi santai. Pada set terakhir, dia ketinggalan 7-2 tetapi selepas itu dia bermain dengan sangat baik.
"Rachel menampilkan aksi terbaik dan memberi tumpuan selepas mendahului 1-0. Kami tidak menjangka Tong tidak bermain dengan baik kerana mungkin tertekan untuk menang," katanya.
Sementara itu, skuad lelaki negara mencetuskan keterujaan dengan mengetepikan Hong Kong 2-1.
Pemain nombor satu negara Ng Eain Yow memulakan perlawanan akhir dengan cemerlang apabila menewaskan Lau Tsz Kwan 3-0 (11-7, 11-8, 11-8) tetapi kedudukan kemudian terikat 1-1 selepas Addeen Idrakie tewas kepada Henry Leung 1-3 (11-4, 7-11, 2-11, 7-11).
Bagaimanapun, pemain nombor 130 dunia, Ameeshenraj Chandaran muncul wira negara apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan pemain nombor 88 dunia Tang Ming Hong 3-1 (8-11, 11-8, 11-6, 11-4).
Ia merupakan gelaran kedua yang diraih skuad lelaki negara dalam tiga edisi terakhir selepas muncul juara pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

Malaysia mendominasi perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 dengan menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita di Dalian, wilayah Liaoning, China, hari ini. - Gambar Bernama

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.

Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara
Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas jasa, khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air.

Skuasy: Malaysia sapu bersih gelaran juara berpasukan Asia
Malaysia mendominasi perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 dengan menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita di Dalian, wilayah Liaoning, China, hari ini.

Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.

Jadikan wira negara terkorban pembakar semangat - Ketua Polis Johor
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pengorbanan wira negara itu juga harus dijadikan pembakar semangat bagi rakyat negara ini dalam mempertahankan tanah air daripada pengkhianat.

PM zahir rasa simpati atas pemergian wira negara Awang Askandar
Perdana Menteri berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat negara selain mengundang rasa pilu rakyat Malaysia.

Kikis model lapuk, pemugaran sukan negara perlu disegerakan
Atlet pelapis adalah bintang yang perlu digilap dan jangan dibiarkan hilang cahayanya. Kegagalan membangunkan pasukan pelapis bakal merugikan sukan negara.

Sukan Komanwel: Suasana meriah sambut kepulangan skuad gimrama negara
KLIA bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan apabila menerima ketibaan barisan atlet gimrama kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama negara di Sukan Komanwel Birmingham.

APG: Kontinjen Malaysia terima sambutan wira
Kepulangan kontinjen Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 dari Solo, Indonesia diberi sambutan wira sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ahmad Faizal seru sektor awam dan swasta luaskan kemudahan untuk golongan OKU
Ketibaan tiga atlet bersama pegawai dan jurulatih mereka disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Isnin.

Tokyo 2020: Selamat pulang Nur Dhabitah
Atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri yang meraih pencapaian terbaiknya di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selamat tiba di tanah air, petang ini.