PETALING JAYA: Pengendali skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, E. Elavarasan mengingatkan anak buahnya untuk membiasakan diri dengan corak permainan agresif seperti yang diterapkan dalam skuad senior kebangsaan.
Elavarasan berkata selaku 'ubi muda', penerapan corak permainan sedemikian penting kerana ia bukan sahaja membolehkan mereka menyerlah malah membuka ruang pemain muda untuk menyertai skuad senior negara untuk menghadapi kejohanan kompetitif pada masa akan datang.
"Saya rasa sebagai pemain muda, kena agresif daripada skuad utama. Bila kamu agresif dalam apa posisi sekalipun, ia akan memberi banyak peluang untuk ke skuad utama negara.
"Di mana-mana tempat pun selalunya memang demikian, jadi kita kena sediakan pemain dengan konsep sebegitu," katanya kepada pemberita pada sesi kem latihan pusat skuad B-23 di Kompleks Sukan PKNS, di sini pada Isnin.
Menurut Elavarasan corak permainan seperti itu turut dituntut untuk diterapkan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon.
Elavarasan, yang juga penolong jurulatih kepada Pan Gon, dalam pada itu optimis mampu mempersiapkan skuad itu sepenunya sebelum mengharungi beberapa kejohanan bermula pada tahun hadapan.
Panggilan latihan pusat hari ini adalah sebagai persiapan awal skuad B-23 itu untuk mengharungi jadual perlawanan yang cukup padat sepanjang musim depan.
Antara kejohanan akan ditempuhi skuad muda negara itu termasuk Piala AFF B-23; Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja; Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Kelayakan Piala Asia/Sukan Olimpik B-23 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022
Elavarasan mengingatkan anak buahnya untuk membiasakan diri dengan corak permainan agresif seperti yang diterapkan dalam skuad senior kebangsaan. - Gambar fail/Stadium Astro
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Skuad muda Harimau Malaya perlu lebih agresif - Elavarasan
Elavarasan mengingatkan anak buahnya untuk membiasakan diri dengan corak permainan agresif seperti yang diterapkan dalam skuad senior kebangsaan.