Skuad Harimau Muda A pulang dengan tangan kosong apabila gagal merebut pingat gangsa di temasya Sukan SEA ke-27 selepas mengalami kekalahan 1-2 kepada Singapura pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang berlangsung di Stadium Zayar Thiri petang ini.
Corak permainan skuad negara pada babak pertama hambar yang membuka beberapa ruang kepada Singapura melakukan beberapa serangan bagi menembusi benteng pertahanan negara yang dikawal oleh Mohd Zubir Mohd Azmi dan K.Reuben.
Kecelaruan di barisan pertahanan negara membuka ruang kepada kapten pasukan Singapura Hariss Harun menjaringan gol pertama pada minit ke-14 sebelum beliau menggandakan jaringan seminit kemudian.
Peluang keemasan Malaysia menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-33 gagal dimanafatkan oleh penyerang negara, A. Thamil Arasu apabila sepakan penalti yang dilakukanya dinafikan oleh penjaga gawang Singapura Muhammad Izwan Mahbud.
Bersambung pada babak kedua perlawanan Malaysia yang tertekan dengan kedudukan 2-0 memperkemaskan jentera serangan dengan menggandakan serangan bagi menembusi pertahanan Singapura, namun gagal menjaringan gol.
Gawang gol Malaysia sekali lagi diuji apabila Muhammad Hafis Abu Sijad melakukan rembatan padu pada minit ke-62 namun penjaga gawang negara Mohd Izham Tarmizi Roslan bertindak pantas menyelamatkan maruah negara.
Kesilapan pada benteng pertahanan Singapura membuka peluang kepada penyerang berbisa negara, A. Thamil Arasu membuat rembatan kencang menjaringkan gol pertama negara pada minit ke-68.
Perlawanan berakhir dengan keputusan Malaysia tewas kepada Singapura 1-2 apabila pengadil perlawanan dari Myanmar, Wn Cho meniup wisel penamat.
Sementara itu jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee berkata beliau dan pasukan kecewa dan sedih dengan kegagalan mereka untuk membawa pulang pingat gangsa untuk negara.
"Sudah pasti kegagalan hari ini bukan hanya menghampakan harapan saya dan juga pemain tetapi turut sama rakyat Malaysia. Namun barisan pemain kita telah bermain dengan bersungguh-sungguh malam ini," katanya kepada pemberita pada majlis sidang akhbar hari ini.
Mengulas mengenai perlawanan, jurulatih berasal dari Melaka itu berkata Malaysia menguasai pada awal permainan namun pemain mula hilang fokus apabila Singapura mengatasi dengan dua gol.
"Kita kembali mengusai perlawanan pada separuh masa kedua apabila Thamil Arasu berjaya menjaringkan gol pertama negara," katanya.
Beliau berkata kecelaruan berlaku apabila pemain masing-masing mencari gol menyebabkan mereka gagal menggunakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol.
"Saya tahu pemain kita turun dengan penuh semangat hari ini namun beberapa kelemahan akan dikaji semula bagi memantapkan pasukan negara untuk menebus kembali kegagalan ini di temasya Sukan SEA 2015 di Singapura nanti," katanya.
Jurulatih Singapura, Aide Iskandar sahak memuji kesungguhan yang ditunjukan oleh pasukan negara yang bermain dengan baik hari ini.
"Kita belajar daripada kesilapan lepas untuk mengatasi Malaysia dengan memperkuatkan benteng pertahanan kerana sudah menjangka Malaysia akan bangkit pada separuh masa kedua dan saya berpuas hati dengan mutu persembahan yang ditunjukan oleh pemain Singapura," katanya.
Bernama
Sat Dec 21 2013
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
Skuad B-23 negara jalani pemulihan selepas tumbangkan China
Skuad B-23 negara mencuri tumpuan apabila menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan tertutup di Shanghai semalam.
Skuad B-23 perlu ada minit permainan yang cukup - Elavarasan
Minit permainan amat penting dalam memastikan skuad Harimau Muda mampu memberi tentangan sengit dalam saingan peringkat kumpulan.
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
Saravanan curi tumpuan bantu Harimau Muda 'ratah' Singapura 7-0
T. Saravanan mencuri tumpuan apabila meledak empat gol dan melakukan satu bantuan jaringan sekali gus muncul penjaring terbanyak skuad Harimau Muda.
Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Sasaran ke final skuad Harimau Muda di Kemboja kekal meski diundi dalam kumpulan 'maut'
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap undian itu adalah yang terbaik buat Harimau Muda.
Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti.
Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.
Kim Swee cari kombinasi terbaik di China demi hadapi Sukan Asia
Pengendali skuad B-23 kebangsaan itu menegaskan beliau mahu melihat peningkatan corak permainan 22 pemain dibawa ke China.
Gary bakal jalani latihan bersama kelab gergasi Jerman
Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat yang kini digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama tiga bulan oleh FAM bakal menjalani latihan bersama kelab Borussia Dortmund.