KUALA LUMPUR: Hasrat skuad ragbi tujuh sepasukan (7's) lelaki kebangsaan untuk merangkul gelaran kejohanan SEA 7S 2023 tidak kesampaian selepas tewas di tangan Taiwan 14-17, pada aksi final di Stadium Nasional di Singapura, hari ini.
Namun, pasukan negara yang diberi julukan skuad Bunga Raya memulakan permainan dengan cemerlang apabila Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi berjaya melakukan try dan melengkapkan conversion untuk mendahului 7-0 seawal minit ketiga.
Tersentak dengan itu, Taiwan tidak mengambil masa lama untuk bangkit menyamakan kedudukan menerusi try dan conversion pada minit keempat sebelum mendahului 12-7 apabila berjaya memperoleh try seminit kemudian.
Bersambung babak kedua, permainan bertambah sengit dengan menyaksikan Malaysia kembali di depan 14-12, menerusi try Mohamad Shah Izwan Nordin dan conversion Muhammad Azwan pada minit ke-13.
Bagaimanapun, Taiwan berjaya mencuri lima mata hasil try pada penghujung perlawanan untuk menoktahkan kemenangan 17-14.
Kejohanan selama dua hari bermula semalam itu disertai enam pasukan lelaki dan empat pasukan wanita, namun Malaysia hanya menghantar wakil bagi saingan lelaki.
Ragbi 7's tidak dipertandingkan pada Sukan SEA Kemboja 2023 Mei ini, namun berpeluang besar untuk kembali mewarnai temasya sukan dwitahunan itu pada edisi berikutnya iaitu di Thailand pada 2025, Kuala Lumpur (2027) dan Singapura pada 2029.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023
Hasrat skuad ragbi tujuh sepasukan (7's) lelaki kebangsaan untuk merangkul gelaran kejohanan SEA 7S 2023 tidak kesampaian selepas tewas di tangan Taiwan 14-17, pada aksi final di Stadium Nasional di Singapura, hari ini. - Foto Sinar Harian/KRM
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Skuad Bunga Raya muncul naib juara SEA 7s
Hasrat untuk merangkul gelaran kejohanan SEA 7S 2023 tidak kesampaian selepas tewas di tangan Taiwan 14-17, pada aksi final.
Pembinaan Stadium Ragbi Nasional bermula bulan depan
Kerja-kerja pembinaan Stadium Ragbi Nasional pertama di Malaysia akan bermula pada September ini dengan kapasiti tempat duduk penonton dikurangkan kepada 1,250.