KUALA LUMPUR:Berdasarkan keputusan undian bagi kejohanan badminton Yonex Thailand Open dan Toyota Thailand Open yang dijadualkan berlangsung bulan depan, pasukan badminton negara dilihat memperoleh laluan mudah untuk menyerlah di kedua-dua kejohanan itu.
Berdasarkan keputusan undian yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di laman web mereka; www.bwfbadminton.org, pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia akan memulakan kempennya di Yonex Thailand Open dengan menentang H.S Prannoy dari India pada pusingan pertama.
Walaupun dijangka tidak mempunyai masalah dalam pusingan awal, pemain pilihan nombor lapan dunia itu berkemungkinan bertemu pilihan kedua, Chou Tien Chen dari Taiwan pada perlawanan suku akhir.
Dalam kategori beregu lelaki pula, pasangan nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan menentang bekas pasangan kebangsaan, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dalam pertemuan pembukaan.
Pemain kebangsaan seharusnya mempunyai peluang yang cerah untuk menguasai kedua-dua kejohanan itu selepas Persatuan Badminton China (CBA) memutuskan untuk tidak menghantar pemain-pemain mereka kerana bimbang dengan pandemik COVID-19.
Kedua-dua kejohanan itu yang merupakan pertandingan BWF World Tour Super 1000, masing-masing menawarkan hadiah wang tunai bernilai AS$1 juta (RM4.050 juta).
Kejohanan Yonex Thailand Open dan Toyota Thailand Open, masing-masing akan diadakan pada 12-17 Jan 2021 dan 19-24 Jan 2021.
Yonex Thailand Open:
Perlawanan pusingan pertama (semua pemain Malaysia kecuali dinyatakan, dan [ ] menunjukkan pemain pilihan :
Perseorangan Lelaki:
[8] Lee Zii Jia lwn H.S Prannoy (IND)
Liew Daren lwn [3] Anders Antonsen (DEN)
Beregu Lelaki:
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani lwn Ko Sung Hyun-Shin Baek Cheol (KOR)
[8] Aaron Chia-Soh Wooi Yik lwn Goh V Shem-Tan Wee Kiong
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi lwn M.R Arjun-Dhruv Kapila (IND)
Perseorangan Wanita:
Soniia Cheah lwn [7] An Se Young (KOR)
Beregu Wanita:
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean lwn Vimala Heriau-Margot Lambert (FRA)
Vivian Hoo-Yap Cheng Wen lwn Anastasiia Akchurina-Olga Morozova (RUS)
Pearly Tan-M.Thinaah lwn Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard (THA)
Beregu Campuran:
[1] Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) lwn Hoo Pang Ron-Cheah Yee See
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai lwn Ronan Labar-Anne Tran (FRA)
[5] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying lwn Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso (INA)
Tan Kian Meng-Lai Pei Jing lwn [3] Yuta Watanabe-Arisa Higashino (JPN)
Toyota Thailand Open:
Perlawanan pusingan pertama (semua pemain Malaysia kecuali dinyatakan dan [ ] menunjukkan pemain pilihan):
Perseorangan Lelaki:
[8] Lee Zii Jia lwn Sameer Verma (IND)
Liew Daren lwn Sai Praneeth B. (IND)
Beregu Lelaki:
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi lwn Nipitphon Phuangphuapet-Tanupat Viriyangkura (THA)
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani lwn [4] Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe (JPN)
Goh V Shem-Tan Wee Kiong lwn Kim Gi Jung-Lee Yong Dae (KOR)
[8] Aaron Chia-Soh Wooi Yik lwn Takuro Hoki-Yugo Kobayashi (JPN)
Perseorangan Wanita:
Soniia Cheah lwn Sung Ji Hyun (KOR)
Beregu Wanita:
Vivian Hoo-Yap Cheng Wen lwn Chloe Birch-Lauren Smith (ENG)
Pearly Tan-M. Thinaah lwn [6] Chang Ye Na-Kim Hye Rin (KOR)
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean lwn Rachel Honderich-Kristen Tsai (CAN)
Beregu Campuran:
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai lwn Ronan Labar-Anne Tran (FRA)
[5] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying lwn Jones Ralfy Jansen-Kilasu Ostermeyer (GER)
Tan Kian Meng-Lai Pei Jing lwn [7] Marcus Ellis-Lauren Smith (ENG)
Hoo Pang Ron-Cheah Yee See lwn Reddy B. Sumeeth-Reddy N. Sikki (IND)
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 30 2020

Lee Zii Jia (gambar) akan memulakan kempennya di Yonex Thailand Open dengan menentang HS Prannoy dari India pada pusingan pertama. - Gambar fail BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Skuad badminton negara peroleh laluan mudah di dua kejohanan Thailand
Walaupun dijangka tidak mempunyai masalah dalam pusingan awal, pemain pilihan nombor lapan dunia itu berkemungkinan bertemu pilihan kedua, Chou Tien Chen dari Taiwan pada perlawanan suku akhir.