Malaysia yang menduduki pilihan kedua, menerima tamparan awal selepas tewas 2-3 kepada Jepun dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Sukan Universiti Dunia ke-14 yang berlangsung di Palace of Sports di Borisoglebskiy, Rusia, Isnin.
Kemenangan kedua berturut-turut itu membolehkan Jepun melepasi pusingan seterusnya manakala Malaysia perlu berdepan Poland pada perlawanan pusingan akhir, lewat Isnin.
Japan sebelum itu menewaskan Poland 5-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, menurut laman web kejohanan itu; www.wucbadminton2016.com.
Dalam perlawanan pertama menentang Jepun, pasangan beregu negara, Nur Mohd Azriyn Ayub dan Jagdish Singh Dhanoa tewas 17-21, 21-15 dan 15-21 kepada pemain Jepun, Kohtaro Miyajima/Masato Takano.
Jepun terus menjarakkan mata selepas Ayaho Sugino menewaskan Rui Chen Yap; 21-14 dan 21-18 dalam perseorangan wanita sebelum kedudukan itu dirapatkan semula oleh Zulfadli Zulkiffli menjadi 2-1 selepas menewaskan Toshimasa Tomioka; 17-21, 21-16 dan 21-12 dalam kategori perseorangan lelaki.
Bagaimanapun pasangan beregu wanita Jepun Sayaka Komiyama/Rena Miyaura terus menguasai perlawanan selepas menumpaskan Choi Mei Kuan/Goh Yea Ching; 21-18, 18-21 dan 21-19.
Pasangan beregu campuran negara, Shevon Lai Jemie/Muhammad Amzzar Zainuddin menyumbang mata kedua untuk Malaysia selepas mengenepikan pemain Jepun, Masahide Nakata/Momoka Terada; 21-15 dan 28-26. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2016

- Pasangan bergu Mohd Arif Abdul Latif (kanan) dan Nur Mohd Azriyn Ayub meraikan kemenagan setelah berjaya menumpaskan pasangan Mohd Lufti Zaim Abdul Khalid dan Wong Fai Yin pada perlawanan separuh akhir Disember lalu. - Gambar Bernama

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.