JAMIE Carragher lebih gemar melihat Liverpool menukar individu lain di kelab itu berbanding berpisah dengan pengurus, Jurgen Klopp, walaupun akur bahawa tahap prestasi The Reds begitu jauh merosot.
Klopp dihujani kritikan atas prestasi hambar anak buahnya yang menduduki tempat ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas hampir menggondol empat kejuaraan dalam kempen lalu.
Kekalahan 0-3 di tangan Wolves semalam merupakan kekalahan ketiga berturut-turut liga di tempat lawan yang masih tercari-cari sebarang kemenangan liga tahun ini.
Klopp mengulangi hasratnya untuk membina semula skuad Liverpool selepas imej mereka tercalar lagi, lantas Carragher percaya tiada sesiapa yang lebih baik untuk menyandang tugas itu.
“Saya akan mengubah orang lain di kelab itu sebelum saya menukar Jurgen Klopp,” katanya kepada Sky Sports.
"Apabila dia masuk, Liverpool berada di tempat keenam atau ketujuh liga dan dia telah membawa mereka ke kedudukan hebat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dia terbukti dia mampu melakukannya. Saya ingin melihat dia melakukannya sekali lagi. Saya pasti dia juga menghajatinya.
"Jika orang ramai bercakap tentang pertukaran pengurus, mana-mana pengurus yang datang ke Liverpool juga masih perlu membentuk semula pasukan.
"Saya tidak fikir ia adalah satu kes untuk membeli seorang pemain sahaja tatkala ramai yang menyeru mereka membeli Jude Bellingham.
"Saya fikir pada setiap minggu sekarang, rasanya mereka perlu membeli bukan sekadar seorang dua pemain baru, mereka mungkin memerlukan empat atau lima orang.
“Mana-mana pengurus di Liverpool pada permulaan musim depan tetap perlu berbuat demikian, Jurgen Klopp telah menghasilkan keajaiban pada masa-masa tertentu.
"Anda boleh mempersoalkan Jurgen daripada segi bagaimana ia menjadi sebegini, dia adalah sebahagian daripada kedudukan ini. Tetapi untuk pasukan pencari bakat, bagaimana Liverpool merosot daripada hampir memenangi empat trofi musim lalu kepada kedudukan ke-10 dalam liga ketika ini?
"Sempena permulaan musim depan, saya tidak fikir terdapat mana-mana pengurus yang digemari peminat Liverpool selain daripada Jurgen Klopp."
Astro Arena
Mon Feb 06 2023
Reaksi Jurgen Klopp ketika perlawanan EPL antara Wolverhampton Wanderers dan Liverpool, di Stadium Molineux, Wolverhampton, England, 4 Feb 2023. (Foto AP)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia
Beliau telah mengadakan pertemuan dengan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, sebelum kedua-dua mereka mencapai persetujuan berhubung keputusannya itu.
Klopp tolak tawaran latih skuad Amerika Syarikat
JURGEN Klopp telah menolak tawaran Amerika Syarikat (AS) yang ingin menjadikannya pengurus baharu pasukan kebangsaan negara itu.
Pemain Liverpool sudah terjamin bakal muncul finalis EURO 2024, Copa America
Liverpool mempunyai sembilan pemain yang akan beraksi sebagai finalis dalam kedua-dua kejohanan EURO 2024 dan Copa America.
EPL: Arne Slot tekad teruskan legasi Klopp di Liverpool
Slot memulakan peranannya awal bulan ini ketika The Reds menghadapi musim pertama tanpa Klopp selepas sembilan tahun bersama.
Legenda Liverpool, Alan Hansen sedang tenat di hospital
Buat masa sekarang, tiada maklumat penuh diperoleh, namun pengurusan juara EFL itu sedang mendapatkan informasi lanjut melalui keluarganya.
EPL: Liverpool sahkan Arne Slot sebagai pengganti Jurgen Klopp
Slot mengendalikan kelab Belanda, Feyenoord Rotterdam sejak 2021, memenangi kejuaraan liga Eredivisie pada 2022/23 bersama Piala Belanda.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
EPL: Jurgen Klopp renung Anfield menjelang aksi terakhir bersama Liverpool
Jurgen Klopp dilihat melayan perasaannya di Anfield menjelang aksi terakhirnya sebagai pengurus Liverpool.
Mo Salah cipta sejarah baharu Liga Perdana Inggeris
Mohamed Salah mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Tottenham.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Harga jersi Liverpool naik melambung, Nike berdepan kecaman netizen
Nike telah dipersalahkan atas kenaikan harga jersi baharu Liverpool berikutan pelancarannya semalam.