Hartawan Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani membuat tawaran akhir kepada Manchester United untuk mengalahkan pesaing utamanya, Sir Jim Ratcliffe, hartawan British, menurut laporan The Times.

Menurut laporan tersebut, Sheikh Jassim menawarkan untuk membeli 100 peratus kelab tersebut dengan harga hampir 5 bilion paun sterling atau RM28 bilion.

Tetapi siapakah sebenarnya Syeikh Jassim? Berikut adalah apa yang diketahui tentang individu yang berkemungkinan menjadi pemilik baharu Manchester United.