Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa dari Bahrain dipilih sebagai presiden baru konfiderasi bola sepak di Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Majlis pemilihan itu berlangsung bersempena kongres luar biasa badan induk itu di kuala lumpur.

Pemimpin baru itu dilaporkan memperoleh 33 daripada 46 undi ahli gabungan AFC.

Beliau berjaya mengatasi Datuk Worawi Makudi dari thailand yang meraih tujuh undi sementara enam undi diperoleh pencabar dari Emiriah Arab bersatu, Yousef Al Serkal.

Seorang lagi calon dari Arab Saudi, Hafez Ibrahim Al Medlej tarik diri pada saat akhir.

Sheikh Salman akan terus menerajui AFC selama dua tahun sehingga kongres berikutnya berlansung pada 2015.

Beliau turut mendapat mandat untuk menjadi wakil AFC dalam jawatankuasa eksekutif Fifa selepas mengatasi cabaran Hassanal Thawadi.

Selain Sheikh Salman, wakil AFC dalam jawatankuasa berkenaan adalah Putera Arab Saudi, Ali Al Hussein dan Worawi.

Presiden FIFA, Seep Blatter menerusi satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada Sheikh Salma selain berharap beliau mampu terus menyatupadukan komuniti bola sepak di Asia.