PSG 2 ANGERS 1
Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino, memahami kekecewaan Angers selepas penalti lewat kontroversi memberikan kemenangan 2-1 kepada pendahulu Ligue 1 itu.
PSG ketinggalan berikutan gol pembukaan Angelo Fulgini pada minit ke-36 sebelum tandukan Danilo Pereira -- percubaan tepat pertama tuan rumah -- menyamakan kedudukan perlawanan awal pagi tadi itu.
Ketika kedua-dua pasukan berkenaan tampak terpaksa berpuas hati untuk berkongsi mata, PSG sebaliknya dihadiahkan sepakan penalti selepas pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR) mengesan bola terkena tangan Pierrick Capelle.
Kylian Mbappe menyempurnakan tugasan dari jarak 12 ela itu pada minit ke-87, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pihak Angers.
Romain Thomas berasakan dia telah dikasari oleh seorang lagi penyerang PSG, Mauro Icardi, sebelum hukuman tersebut.
Dia memberitahu Prime Video: "Apa yang berlaku sangat luar biasa.
"Kami akhirnya tewas 1-2, kekalahan di sini tidak memalukan tetapi bukan dengan cara sebegini.
"Kami bekerja keras sepanjang minggu lalu untuk melakukan sesuatu dengan tepat tetapi tidak bagi pengadil.
"VAR, saya mula bosan dengan perkara ini. Menempatkan peralatan yang bernilai jutaan tetapi mereka tidak tahu menggunakannya, ini merupakan satu gangguan kerana saya seorang yang bersemangat, saya berdedikasi.
"Dia (Icardi) terlebih dahulu menarik lengan saya, lalu saya terjatuh dan kemudian dia berada posisi itu untuk memenangi sepakan penalti. Oleh itu, saya kecewa."
Ditanya mengenai rungutan Angers itu, Pochettino berkata: "Sukar untuk mengulasnya. Saya belum melihat rakaman insiden berkenaan. Saya tidak dapat melihatnya dengan jelas sama ada ia terkena tangan, sepakan penalti mahupun pelanggaran ... Saya tidak pasti.
"Saya memahami perasaan Angers. Saya sendiri sering menempuhi situasi sebegini apabila keputusan tidak begitu memihak kami. Tetapi inilah hakikat perlawanan ini."
PSG telah memenangi 24 perlawanan Ligue 1 di bawah era Pochettino sejak Januari 2021 (S2 K5) -- sekurang-kurangnya empat kemenagan lebih banyak daripada pasukan lain sepanjang tempoh ini.
Astro Arena
Sat Oct 16 2021
![Sepakan penalti cetus kemenangan kontroversi PSG Sepakan penalti cetus kemenangan kontroversi PSG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634354123_KylianMbappe.jpg)
Kylian Mbappe menjaringkan gol ketika melakukan sepakan penalti dalam perlawanan Ligue 1 antara PSG dan Angers di Parc des Princes, Paris, Perancis, 15 Okt, 2021. (Foto AP)
![AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024 AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733218742_AirAsiaflight.jpg)
AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.
![48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM 48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739371731_RusminiKuAhmad.jpg)
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.
![Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739394985_Botnelayan.jpg)
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
![Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710219915_BazarRamadan.jpg)
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
![JDT bakal uji PSG JDT bakal uji PSG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738369307_TBTMJ.jpg)
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
![UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737600332_tbGoncaloRamosPSG.jpg)
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
![JDT jalin kerjasama dengan PSG perluas pembangunan bola sepak JDT jalin kerjasama dengan PSG perluas pembangunan bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736258348_TBTMJ.jpg)
JDT jalin kerjasama dengan PSG perluas pembangunan bola sepak
Kelab bola sepak Johor Darul Tazim (JDT) mencapai persetujuan bagi menjalin kerjasama bersama gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).
![TMJ dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG di Doha TMJ dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG di Doha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736046185_tbTMJNasserAlKhe.jpg)
TMJ dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG di Doha
Tunku Mahkota Ismail hadir mewakili Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perbincangan bersama pengurusan tertinggi PSG.
![Ligue 1: Donnarumma terima jahitan di muka susulan dipijak pemain Monaco Ligue 1: Donnarumma terima jahitan di muka susulan dipijak pemain Monaco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734567503_GianluigiDonnarumma.jpg)
Ligue 1: Donnarumma terima jahitan di muka susulan dipijak pemain Monaco
Penjaga gawang kebangsaan Itali itu menerima rawatan cemas di bahagian muka selepas dipijak penyerang Monaco itu di Stade Louis II.
![Perancis tuntut penjelasan daripada PSG berhubung paparan sepanduk pro-Palestin Perancis tuntut penjelasan daripada PSG berhubung paparan sepanduk pro-Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731021100_tbbannerFreePales.jpg)
Perancis tuntut penjelasan daripada PSG berhubung paparan sepanduk pro-Palestin
Sepanduk ini tidak sepatutnya berada di stadium dan mesej sebegini juga dilarang oleh peraturan Liga dan UEFA, kata Retailleau.
![Ligue 1: Tiada Mbappe tiada masalah buat PSG Ligue 1: Tiada Mbappe tiada masalah buat PSG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723861947_tbLeeKangin.jpg)
Ligue 1: Tiada Mbappe tiada masalah buat PSG
PSG membuka jaringan seawal minit ketiga perlawanan apabila Goncalo Ramos melakukan hantaran buat Lee Kang-in.
![Mbappe tuntut tunggakan gaji RM506 juta daripada PSG Mbappe tuntut tunggakan gaji RM506 juta daripada PSG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718955753_Germany.jpg)
Mbappe tuntut tunggakan gaji RM506 juta daripada PSG
Mbappe memberikan notis rasmi kepada PSG untuk kelab itu melunaskan tunggakan gaji bernilai 85 juta pound yang masih belum dibayar.
![PSG masih hutang Mbappe gaji bulan Februari PSG masih hutang Mbappe gaji bulan Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717045124_tbKylianMbappePS.jpg)
PSG masih hutang Mbappe gaji bulan Februari
Mbappe mendakwa bahawa bekas majikannya, Paris Saint-Germain (PSG), masih belum melunaskan gaji serta bonus bulan April sejak Februari lalu.
![Mbappe pasti ke Real Madrid Mbappe pasti ke Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715744450_tbKylianMbappe.jpg)
Mbappe pasti ke Real Madrid
PRESIDEN La Liga, Javier Tebas berkata, penyerang Paris Saint-Germain Kylian Mbappe akan menyertai Real Madrid musim depan.