MALAYSIA menamatkan acara sepak takraw beregu berpasukan lelaki dengan pingat gangsa selepas tewas 2-1 di tangan Myanmar di peringkat separuh akhir Sukan SEA Ke-29 di Stadium Tertutup Titiwangsa, hari ini.
Ia acara ketiga kem sepak takraw negara terlepas emas selepas turut memenangi gangsa acara regu berpasukan lelaki dan perak bagi regu wanita.
Setakat ini, Malaysia hanya menjadi pasukan terbaik dalam chinlone selepas meraih emas disiplin linking yang hanya disertai empat negara tanpa Myanmar dan Thailand.
Walaupun tewas 3-0 kepada Thailand malam tadi, keputusan Kemboja menarik diri daripada saingan Kumpulan A regu berpasukan lelaki membolehkan Malaysia mara ke separuh akhir.
Dalam perlawanan hari ini, beregu pertama negara yang menampilkan Muhammad Afifuddin dan Amirul Zazwan, tidak mampu menahan asakan Aung Myo Swe dan Thant Zin Oo dengan tumpas 16-21, 22-24.
Selepas itu, Malaysia berjaya bangkit menerusi beregu kedua, Mohammad Kamal Aizzat Azmi dan Mohamad Suhairi, apabila menang 21-14, 21-18, sekaligus mengikat kedudukan 1-1.
Perlawanan ketiga yang juga aksi penentuan ke final, menjadi tugas berat buat dua pemain negara, Zuleffendi Sumari dan Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi.
Bagaimanapun, ketangkasan lawan yang menurunkan Zin Min Oo dan Aung Pyae Tun sukar ditandingi untuk pemain negara tumpas 21-23, 9-21 dan membawa kepada keputusan 2-1 berpihak kepada Myanmar.
Enam negara bertanding dalam acara ini, dengan Thailand, Malaysia dan Kemboja berada dalam Kumpulan A sementara Myanmar, Indonesia dan Filipina bersaing dalam Kumpulan B.
Dengan menggunakan format liga sepusingan, dua pasukan terbaik dalam setiap kumpulan mara ke separuh akhir.
Myanmar akan beraksi dalam perlawanan akhir, bertemu sama ada Thailand atau Indonesia, untuk penentuan pingat emas.
Tiada penentuan tempat ketiga dan keempat dalam sepak takraw, sekaligus menyaksikan Malaysia meraih gangsa.
Dalam Sukan SEA Singapura dua tahun lalu, Thailand memenangi emas acara ini, Myanmar meraih perak sementara gangsa milik Indonesia dan Singapura.
Astro Arena
Tue Aug 22 2017

Dalam perlawanan hari ini, beregu pertama negara yang menampilkan Muhammad Afifuddin dan Amirul Zazwan, tidak mampu menahan asakan Aung Myo Swe dan Thant Zin Oo dengan tumpas 16-21, 22-24. Foto Astro ARENA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Paris 2024: Aaron-Wooi Yik berjaya elak 'dimalukan' beregu Great Britain
Aaron-Wooi Yik selaku beregu nombor empat dunia bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan beregu nombor 18 dunia.

Situasi Pearly-Thinaah perkara biasa - Jurulatih
Insiden tidak bertegur sapa, selisih faham dan 'bergaduh' merupakan perkara biasa dihadapi oleh pemain beregu, kata ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan Hoon Thien How.

Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia: Malaysia kalahkan Austria 5-0
Malaysia cemerlang pada Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2023 di Spokane, Amerika Syarikat apabila menewaskan Austria 5-0.

Bekas legenda beregu badminton negara Ng Boon Bee meninggal dunia
Bekas pemain badminton beregu terbaik negara Datuk Ng Boon Bee, meninggal dunia akibat aneurisme hari ini, kata menantunya John Yuen.

Terbuka Taiwan: Man Wei Chong-Tee Kai Wun harumkan nama Malaysia
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, memecah dominasi wakil tuan rumah apabila meraih gelaran Kejohanan Terbuka Taiwan.

Kejohanan Badminton Dunia: Yew Sin-Ee Yi lepasi cabaran pusingan kedua
Gandingan profesional negara Ong Yew Sin-Teoh Ee Yi yang mempamerkan aksi meyakinkan berjaya menempah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol hari ini.

Terbuka Austria: Pemain Malaysia kejutkan pilihan kejohanan di pusingan kedua
Pasangan beregu negara terus mempamerkan aksi bertenaga apabila mengejutkan gandingan pilihan untuk mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Austria, malam ini.

All England: Pearly dan Thinaah tekad untuk bangkit daripada kegagalan
Beregu wanita negara yang semakin menyerlah Pearly Tan dan M. Thinaah, bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam cabaran akan datang.

Aaron - Wooi Yik mara ke final Terbuka Thailand
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tempat ke perlawanan akhir Terbuka Thailand.

Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir
Dua pemain profesional itu akan berdepan satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir hari ini.