KUALA LUMPUR: Gandingan profesional negara Ong Yew Sin-Teoh Ee Yi yang mempamerkan aksi meyakinkan berjaya menempah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol hari ini.
Pasangan negara yang mudah menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-12, bagaimanapun hampir diheret ke set penentuan apabila ketinggalan di belakang lawan mereka dari Denmark Joel Eipe-Rasmus Kjaer 10-18 pada set kedua.
Pilihan kesembilan kejohanan itu bagaimanapun berjaya mengejar mata demi mata hingga menyamakan kedudukan pada 19-19 sebelum menokhtahkan kemenangan 21-19 dalam tempoh 39 minit perlawanan.
Yew Sin-Ee Yi yang kini menghuni ranking ke-12 dunia bakal berdepan pasangan kesembilan dunia dari India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang mara selepas menewaskan wakil Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 21-4, 21-12.
Turut melangkah ke pusingan ketiga adalah beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan kesembilan selepas tidak berdepan masalah mengenepikan cabaran India Saurabh Sharma-Anoushka Parikh 21-8, 21-18.
Namun, pasangan negara yang kini berada di ranking ke-11 itu mempunyai misi berat apabila dijadual bertemu pilihan ketiga dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun.
Bernama
Tue Dec 14 2021

Gandingan profesional negara Ong Yew Sin-Teoh Ee Yi yang mempamerkan aksi meyakinkan berjaya menempah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol hari ini. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Yew Sin-Ee Yi masih mahu rebut tempat di Olimpik
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memberi bayangan akan meneruskan aksi di pentas antarabangsa dengan meletakkan sasaran layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.

Terbuka China: Yew Sin-Ee Yi mudah ke suku akhir
Pasangan beregu profesional lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke suku akhir Terbuka China 2024 hari ini.

Badminton Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi teruskan kemaraan ke suku akhir
Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi, terus membawa cabaran negara selepas melakar kemenangan ke atas wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi tewas di suku akhir, cabaran negara berakhir
Cabaran tuan rumah di Terbuka Malaysia 2023 berakhir seawal peringkat suku akhir, selepas harapan terakhir negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tumpas malam ini.

Badminton Terbuka Malaysia: Sorakan penyokong cetus kebangkitan Yew Sin-Ee Yi
Beregu profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terpaksa 'bermandi peluh' sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.

Kemaraan Ong Yew Sin-Teo Ee Yii mengejutkan - Boon Heong
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Bangkok, Thailand.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Laluan getir buat beregu negara
Beregu profesional lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi diletak dalam Kumpulan A bersama-sama beregu ranking pertama dunia dari Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Terbuka Australia: Yew Sin-Ee Yi gagal akhiri kemarau gelaran
Pasangan beregu profesional badminton Malaysia Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, gagal dalam usaha mereka untuk mengakhiri kemarau memenangi sebarang gelaran selama dua tahun.

Badminton Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi ke suku akhir, singkir juara Olimpik
Beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menceriakan kem badminton negara apabila mengesahkan tempat ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2022.

All England: Yew Sin-Ee Yi, Liew Daren, layak ke pusingan kedua
Pasangan beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan perseorangan lelaki Liew Darren, bermula dengan baik pada Kejohanan Badminton All England 2022.