SEBUT sahaja nama Cristiano Ronaldo, sesiapa sahaja pasti akan mengenali penyerang utama kelab Real Madrid dan kapten Portugal ini.
Dia bukan sahaja terkenal dengan kelincahannya di atas padang, tetapi wajah kacak serta susuk badannya yang menarik menjadi kegilaan peminat bola sepak.
Namun, persembahan yang ditonjolkan Real Madrid sejak akhir ini dilihat kurang memberangsangkan, di mana pasukan itu kini berada pada kedudukan keempat La Liga dan ketinggalan 19 mata di bawah Barcelona.
Cristiano Ronaldo juga dikhabarkan tidak menolak kemungkinan untuk berpindah semula ke kelab lamanya, Manchester United.
Pelbagai persoalan timbul apabila Ahad lepas, sebuah video yang menyaksikan Cristiano Ronaldo bermain 'American football' tular di media sosial.
Bagaimanapun video itu hanyalah satu gimik daripada syarikat Altice One, bagi mempromosikan Super Bowl LII.
Dalam iklan tersebut, Ronaldo dilihat memakai jersi nombor 7 beserta topi keselamatan yang sering dipakai oleh pemain 'American football'.
Apa yang lucunya, Ronaldo telah menanduk bola yang dilontar kepadanya melewati palang sedangkan dia sepatutnya membawa bola tersebut dengan tangan ke garisan akhir.
Dia tidak sedar cara itu adalah salah dan pengadil bertindak membatalkan 'gol' tersebut.
Kerjasama Ronaldo dengan sukan 'American football' ini bukanlah yang pertama kali untuknya.
Pada tahun 2014, dia bersama skuad Portugal Piala Dunia diberi peluang untuk berlatih di padang milik New York Jets.
Zaim Ibrahim
Tue Feb 06 2018
![Selepas kecewa dengan prestasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo beralih sukan? Selepas kecewa dengan prestasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo beralih sukan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51517906860_Ronaldo.jpg)
Cristiano Ronaldo memakai jersi bernombor tujuh dan topi keselamatan American Football bersama teman sepasukan yang lain. - Foto Twitter/@Cristiano
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Selepas kecewa dengan prestasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo beralih sukan? Selepas kecewa dengan prestasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo beralih sukan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51517906860_Ronaldo.jpg)
Selepas kecewa dengan prestasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo beralih sukan?
Cristiano Ronaldo muncul dalam video sebagai pemain 'American football' bagi mempromosikan Super Bowl LII.