Selangor membuka kempen saingan Liga Super 2018 dengan keputusan positif selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas pendatang baharu, Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.
Penyerang prolifik dari Sepanyol, Rufino Segovia Del Burgo membuktikan dirinya masih berbisa apabila meledak dua gol penting untuk menghadiahkan tiga mata penuh kepada skuad Gergasi Merah.
Selangor yang dibimbing ketua jurulatih P. Maniam berjaya memanfaatkan penguasaan di awal permainan untuk mendahului 1-0 pada minit ke-16 selepas hantaran daripada sebelah kanan Azammuddin Mohd Akil bijak ditanduk Rufino untuk gol peribadi pertamanya.
Kuala Lumpur kemudian bangkit memperkemaskan permainan dan hampir menyamakan kedudukan, namun rembatan Ashri Chuchu pada minit ke-38 berjaya dikeluarkan di atas garisan oleh pemain pertahanan, Kannan Kalaiselvan untuk Selangor selesa mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan Kuala Lumpur lebih menguasai permainan menerusi gerakan pantas ke arah kubu pertahanan Selangor, namun ketumpulan jentera serangan skuad 'The City Boys' gagal menyudahkan beberapa peluang keemasan termasuk satu percubaan terkena palang.
Menghampiri masa penuh perlawanan, Rufino yang tidak dikawal dalam kotak penalti pasukan tuan rumah tenang meledak gol kedua peribadinya, sekali gus memberikan Kuala Lumpur satu permulaan yang pahit.
Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata apabila seri tanpa jaringan berdepan Perak.
Bagaimanapun, Perak hampir mencipta kejutan pada minit ke-55 apabila pemain importnya, Gilmar Jose Da Silva Filho berjaya menewaskan penjaga gol yang meluru ke hadapan dengan membuat lambungan ke pintu gol tuan rumah, namun diselamatkan Mohamad Muslim Ahmad dengan menanduk keluar bola.
Selangor kini di tangga keempat berkongsi tiga mata bersama juara bertahan Johor Darul Ta'zim, Melaka dan PKNP FC yang turut meraih kemenangan pada aksi pada Sabtu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 04 2018

Pemain Selangor Ilham Udin Armaiyn (kanan) diasak keras pemain Kuala Lumpur Muhammad Syazwan Andik dalam saingan Liga Super 2018 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Gol ke-927: Statistik luar biasa Ronaldo
Gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti itu turut mencipta satu lagi rekod luar biasa dalam karier Ronaldo.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

FIFA tarik balik penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan
Persekutuan Bola Sepak Pakistan sebelum ini digantung buat kali ketiga dalam tempoh kurang daripada lapan tahun.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.