Juara dunia Formula Satu (F1), Sebastian Vettel mengungguli sesi latihan bebas menjelang GP Australia pada Jumaat.

Sementara itu, malang menimpa buat pelumba baru Mercedes, Lewis Hamilton yang terbabas dan sekadar mencatat tempat ketujuh terpantas.

Tirai musim baru F1 secara rasmi dibuka di Litar Albert Park, Melbourne dengan beberapa pelumba menjadi pilihan.

Vettel yang memburu gelaran dunia keempat berturut-turut cemerlang dengan merekodkan catatan masa sebanyak 1:25.908 saat.

Manakala, rakan sepasukannya di Red Bull, Mark Webber pula kedua terpantas hanya ketinggalan 0.264 saat.

Seorang lagi pelumba Mercedes, Nico Rosberg mencatat masa ketiga terpantas sebelum mengalami kegagalan pada kotak gear.

Melengkapkan lima kedudukan teratas adalah Kimi Raikkonen serta Roman Grosjean yang mewakili Lotus.

Sementara Fernando Alonso dari pasukan Ferrari sekadar berpuas hati dengan catatan keenam terpantas.