Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya terhadap kesalahan fakta dikeluarkan presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menerusi laporan sebuah akhbar baru-baru ini, sehingga memaksa beliau menyuarakan ketidakpuasan hati di akaun Instagram miliknya.
Azizulhasni menjelaskan tindakannya tersebut bukan mahu mengeruhkan keadaan tetapi kenyataan yang diberikan Datuk Abu Samah Abdul Wahab itu memberi kesan negatif kepada beliau terutamanya apabila dibaca pihak penaja.
Semalam, Azizulhasni berang di Instagramnya, Azizulhasniofficial, dengan merujuk kenyataan akhbar bertajuk "Azizulhasni sukar ke Sukan Olimpik 2020" dan "Misi Selamatkan Azizul', dan menyifatkan fakta yang diberikan Abu Samah adalah salah.
BACA: 'Kenapa jadikan saya sebagai alat untuk mendapatkan wang?'
"Saya tidak marah tetapi terkilan apabila sebuah kenyataan akhbar dikeluarkan bukan sekali tetapi dua kali, laporan kedua selepas saya menghubungi Datuk Abu Samah sendiri. Terkilan sangat kerana kenyataan dikeluarkan salah.
"Presiden juga tidak pasti dengan Sistem Kelayakan Olimpik terkini. Jadi bagi saya sendiri, secara profesional, kalau kita tidak pasti dengan sesuatu perkara jangan buat sebarang kenyataan. Kita perlu pastikan fakta diberikan betul.
"Wartawan juga perlu pastikan maklumat ditulis betul. Impaknya kepada prestasi, karier serta kredibiliti saya. Penaja saya turut terkesan. Sebab itu saya tampil memberikan penjelasan, bukan kerana saya marah atau emosi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Azizulhasni berkata entri terkini dalam akaun Instagramnya itu adalah penjelasan kepada kesalahan fakta dalam laporan sebuah akhbar arus perdana bertarikh 5 Ogos dan 7 Ogos.
Dalam akaun Instagramnya itu bertajuk, "ENOUGH WITH THE NONSENSE", Azizulhasni meluahkan kekecewaan terhadap kenyataan Abu Samah yang tidak pasti dengan Sistem Kelayakan Olimpik, serta menggunakan beliau sebagai 'kambing hitam" untuk mendapatkan tajaan.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, sedangkan saya ada dua minggu lagi sebelum ke Sukan Asia, keluar pula cerita yang salah.
"Sepatutnya persatuan menyokong serta memahami atlet mereka. Ketika ini kami perlu memberikan fokus seratus peratus kepada persediaan mental dan fizikal, waktu ini amat kritikal dan atlet perlu berada dalam kondisi terbaik," jelas Azizulhasni. -- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 10 2018

AZIZULHASNI: Terkilan sangat kerana kenyataan yang dikeluarkan adalah salah.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

'Saya tidak marah tapi terkilan' - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek itu tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya terhadap kesalahan fakta dikeluarkan presiden PKBM menerusi laporan media.

PKBM cadang wujudkan kembali skuad lebuh raya - Abu Samah
PKBM telah mengenal pasti lapan pelumba buat masa ini dan jumlah itu mungkin ditambah pada masa akan datang.