KUALA LUMPUR: Jurulatih Indonesia Eng Hian, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada beregu wanita utama Malaysia Pearly Tan-M.Thinaah, susulan kenyataan kurang menyenangkan di Terbuka Perancis 2022, Khamis lepas.
Hian dalam satu klip video di laman Instagram memaklumkan, beliau sama sekali tidak berniat menyinggung atau melakukan perbuatan tidak menyenangkan kepada Pearly-Thinaah sewaktu perlawanan menentang anak buahnya, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, pada pusingan kedua kejohanan itu yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin.
"Dengan segala kerendahan hati saya meminta maaf kepada pemain ganda puteri (beregu wanita) Malaysia Pearly Tan-M. Thinaah...sekali lagi dari hati yang paling dalam, saya mohon maaf atas ucapan tersebut," katanya dalam klip berdurasi 36 saat itu.
Hian dalam satu klip yang tular di media sosial didakwa melabelkan warna kulit Pearly-Thinaah sebagai 'hitam dan putih', ketika sedang memberi arahan di tepi gelanggang kepada Febriana-Amalia.
Pearly-Thinaah yang merupakan gandingan bukan pilihan menumpaskan pasangan Indonesia itu 21-16, 21-14, sebelum melakar kejutan menumbangkan pilihan ketiga dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 15-21, 21-14, 21-14 pada peringkat suku akhir, semalam.
Juara Sukan Komanwel 2022 Birmingham itu akan berdepan pasangan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee, bagi menentukan slot ke final dalam aksi separuh akhir hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022

Eng Hian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada beregu wanita utama Malaysia. - Instagram EngHian

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Terbuka Denmark: Harapan tunggal Malaysia, Pearly-Thinaah tersungkur di suku akhir
Semangat juang yang dipamerkan gandingan wanita ranking ketujuh itu harus diberi pujian susulan tidak berputus asa memberikan aksi terbaik.

Terbuka Hong Kong: Tumbangkan pilihan utama, Pearly-Thinaah sekali lagi ke pentas final
Pearly Tan-M Thinaah mempamerkan aksi penuh dramatik sebelum membawa cabaran Malaysia ke pentas final badminton Terbuka Hong Kong.

Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah atasi cabaran Indonesia, mara ke separuh akhir
Pearly Tan-M Thinaah, berjaya mengatasi wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.

Terbuka Australia BWF: Pei Jing-Chiew Sien tempah tiket ke babak akhir
Lai Pei Jing mengubati kekecewaannya terkandas dalam acara beregu campuran apabila mengesahkan tiket ke pentas akhir Terbuka Australia bersama Lim Chiew Sien.

Badminton: Mentaliti dan hati kami tak cukup kuat - Pearly
Kekuatan mental yang sering goyah terus menjadi igauan ngeri kepada beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah setiap kali beraksi di pentas tertinggi.

'Saya tidak berniat singgung Pearly-Thinaah' - Jurulatih Indonesia
Eng Hian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada beregu wanita utama Malaysia.