Penjelasan balas sudah diberikan namun jika itu masih belum mencukupi, Hamidin tidak keberatan untuk bertemu Tunku Mahkota Johor (TMJ).
Tetap bertegas pecahan pengagihan perolehan Liga Malaysia dicadangkan sebagai adil, beliau lihat ada kewajaran gunakan modul diamalkan FIFA pada Piala Dunia 2014.
"Saya sedia bertemu TMJ pada bila-bila masa untuk memberikan sebarang penjelasan," ujar Hamidin.
Bagi isu penyertaan pasukan Lions XII di Liga Malaysia musim depan, hamidin akui masih belum ada kata putus dan perbincangan bakal diadakan masa terdekat di Kuala Lumpur.Sekiranya Lions tetap ambil bahagian pada 2016, beliau memberi jaminan skuad Harimau Muda tidak perlu bersaing di Liga Singapura seperti mana pada masa sekarang.