Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, sepatutnya Wan Kuzain akan menyertai pasukan pada Pestabola Merdeka kali ini, namun tidak bernasib baik kerana mengalami kecederaan.
"Sepatutnya kali ini Wan Kuzain dah join kita (Pestabola Merdeka). Dia telah hubungi saya beberapa kali, tetapi nasib tidak baik dia tengah cedera.
"Insya-Allah bila dia dah pulih dan dapat pasport, dia main untuk Malaysia. Dia dah berapa kali telefon saya untuk menyatakan hasrat main untuk negara," katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Pemain berusia 25 tahun itu yang bermain di posisi tengah sedang beraksi bersama pasukan Amerika Syarikat, St Louis City 2.
Sebelum ini, Wan Kuzain pernah dipanggil menyertai skuad bawah 23 (B-23) negara namun terpaksa diketepikan saat akhir ekoran masalah dokumentasi. - Sinar Harian