SEPANG: "Saya hormati keputusan Tan Cheng Hoe kerana saya pasti beliau telah bincangkan perkara ini bersama barisan kepimpinan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia)".
Itu pandangan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung keputusan Cheng Hoe yang merupakan Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya melepaskan jawatan semalam, selepas empat tahun menggalas tanggungjawab itu sejak dilantik pada Disember 2017.
Tanpa mahu mengulas panjang, Ahmad Faizal bagaimanapun menyifatkan Cheng Hoe sebagai tokoh bola sepak tersohor serta berpengalaman luas susulan pelbagai kejayaan ditempa jurulatih kelahiran Kedah itu.
"Apa yang saya harapkan semoga beliau terus menyumbang dalam arena bola sepak negara," katanya selepas majlis penerimaan sumbangan program Sukarelawan Pasca Banjir Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
Ketika mengulas mengenai peletakan jawatannya semalam, Cheng Hoe berkata keputusan itu terpaksa dibuat bagi memberi laluan kepada individu yang lebih arif untuk membawa skuad kebangsaan ke satu tahap lebih baik.
BACA: 'Saya tidak jadi 'kambing hitam' - Cheng Hoe
Ditanya mengenai calon pengganti jurulatih pasukan bola sepak negara, Ahmad Faizal berpandangan tahap disiplin dan kesihatan pemain skuad Harimau Malaya perlu dipertingkatkan terlebih dahulu bagi memastikan arena bola sepak dapat menjulang kembali nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
"Kita boleh ambil jurulatih paling hebat dalam dunia tetapi kalau pemain tidak berlatih bersungguh-sungguh, tidak jaga kesihatan dan berdisiplin, ini tidak menjadi juga," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berkata beliau akan membangkitkan dalam Mesyuarat Kabinet esok, berhubung isu berkaitan penyertaan atlet Israel pada kejohanan yang bakal dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.
"Saya tidak dapat beri penjelasan lanjut selagi tidak dibincang di peringkat Kabinet," katanya.
Baru-baru ini, sebuah portal berita asing melaporkan bahawa Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah mengeluarkan satu lagi amaran kepada negara yang enggan membenarkan atlet dari negara tertentu menyertai kejohanan besar atas sebab politik.
IOC memetik pembatalan Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia pada 7 hingga 11 Dis lepas, atas sebab keengganan Malaysia membenarkan atlet Israel memasuki negara serta Kejohanan Tinju Dunia AIBA yang menyaksikan pasukan tinju Kosovo tidak dibenarkan bersaing di Serbia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022

Ahmad Faizal menyifatkan Cheng Hoe sebagai tokoh bola sepak tersohor serta berpengalaman luas susulan pelbagai kejayaan ditempa jurulatih kelahiran Kedah itu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pergaduhan: Terengganu FC II didenda RM10,000, Penang FC RM5,000 - FAM
Terengganu FC II dikenakan hukuman denda sebanyak RM10,000 manakala Penang FC pula RM5,000 susulan insiden di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim
Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan B-23 AFF.

'Saya hormati keputusan Cheng Hoe - Ahmad Faizal
"Saya hormati keputusan Tan Cheng Hoe kerana saya pasti beliau telah bincangkan perkara ini bersama barisan kepimpinan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia)".

FAM lancar bola sepak 'Cara Malaysia'
DNA bola sepak Malaysia yang juga dikenali sebagai 'Cara Malaysia' merupakan satu manifesto falsafah bola sepak negara.

TMJ hanya perlu satu penggal untuk ubah bola sepak negara
Pemilik JDT itu turut berpandangan sudah tiba masa FAM bebas daripada pengaruh individu yang hanya menggunakan kedudukan dalam badan induk itu sebagai kepentingan peribadi.

Tony Fernandes berminat bantu bola sepak Malaysia
Tony berkata beliau sangat meminati bola sepak dan akan menggunakan segala pengalamannya sewaktu menaja pasukan Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers untuk kemajuan bola sepak negara.

Harimau Malaysia jatuh ranking ke kedudukan 174 senarai FIFA
Ia satu tamparan hebat kepada bola sepak Malaysia selepas menghuni tangga ke 171 pada Januari dan Februari lalu.