Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes membayangkan beliau berminat untuk membantu perkembangan bola sepak Malaysia.
"Tanpa diragui, saya akan terlibat dalam bola sepak dalam bentuk tertentu. Saya melihat bola sepak Malaysia sejak berumur lima tahun di kejohanan Piala Merdeka.
"Dan jika saya boleh tolong, sudah tentu saya akan tolong. Ia terpulang kepada persatuan itu (FAM) bagaimana mereka mahu saya bantu," katanya kepada pemberita pada majlis penghargaan Air Asia kepada pemenang pingat temasya Paralimpik Rio bulan lepas.
Tony berkata beliau sangat meminati bola sepak dan akan menggunakan segala pengalamannya sewaktu menaja pasukan Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers untuk kemajuan bola sepak negara.
"Saya cintakan bola sepak, masanya masih panjang dan mari lihat jika orang mahukan saya dan mari lihat jika saya boleh menyumbang. Ia tidak perlu jadi Presiden FAM.
"Terdapat banyak lagi peranan lain, tetapi sekiranya saya diminta membantu bola sepak Malaysia, saya akan bantu," tambah Tony.
Pada majlis itu, Air Asia menghadiahkan penerbangan percuma kepada pemenang pingat Paralimpik dari negara ASEAN.
"Sekali lagi atlet ASEAN telah membanggakan rantau ini dengan menunjukkan bahawa kita boleh menjadi pencabar yang hebat di peringkat dunia," kata Tony.
Tiga pemenang pingat emas negara yang menerimanya ialah Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter T36 (cerebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dan Abdul Latif Romly acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) yang menerima penerbangan percuma seumur hidup.
Pemenang pingat gangsa tunggal negara, Siti Noor Radiah dalam acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran) pula menerima penerbangan percuma selama tiga tahun.
Keseluruhannya 12 pemenang emas, tujuh pemenang perak dan 12 pemenang gangsa dari ASEAN menerima hadiah penerbangan percuma tersebut.
Ia turut melibatkan atlet paralimpik Thailand, Singapura dan Vietnam.
Penerima juga diberikan kad AirAsia BIG edisi khas yang berwarna emas, perak dan gangsa yang membolehkan mereka terbang ke lebih 120 destinasi yang diliputi rangkaian penerbangan AirAsia dan AirAsia X termasuk Asia, Australia, Timur Tengah dan Afrika.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2016

TONY: Jika saya boleh tolong, sudah tentu saya akan tolong. Ia terpulang kepada persatuan itu (FAM) bagaimana mereka mahu saya bantu. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pergaduhan: Terengganu FC II didenda RM10,000, Penang FC RM5,000 - FAM
Terengganu FC II dikenakan hukuman denda sebanyak RM10,000 manakala Penang FC pula RM5,000 susulan insiden di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim
Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan B-23 AFF.

'Saya hormati keputusan Cheng Hoe - Ahmad Faizal
"Saya hormati keputusan Tan Cheng Hoe kerana saya pasti beliau telah bincangkan perkara ini bersama barisan kepimpinan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia)".

FAM lancar bola sepak 'Cara Malaysia'
DNA bola sepak Malaysia yang juga dikenali sebagai 'Cara Malaysia' merupakan satu manifesto falsafah bola sepak negara.

TMJ hanya perlu satu penggal untuk ubah bola sepak negara
Pemilik JDT itu turut berpandangan sudah tiba masa FAM bebas daripada pengaruh individu yang hanya menggunakan kedudukan dalam badan induk itu sebagai kepentingan peribadi.

Tony Fernandes berminat bantu bola sepak Malaysia
Tony berkata beliau sangat meminati bola sepak dan akan menggunakan segala pengalamannya sewaktu menaja pasukan Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers untuk kemajuan bola sepak negara.

Harimau Malaysia jatuh ranking ke kedudukan 174 senarai FIFA
Ia satu tamparan hebat kepada bola sepak Malaysia selepas menghuni tangga ke 171 pada Januari dan Februari lalu.