Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata sasaran lapan pingat emas kontinjen negara pada Sukan Asia ke-17 di Incheon semakin sukar dicapai.
Beliau berkata walaupun masih terlalu awal untuk 'mengaku kalah' kerana Malaysia masih bersaing dalam lima acara, namun kegagalan meraih emas melalui acara badminton dan berbasikal menjadikan misi yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sesuatu yang mustahil digapai.
"Itu menjadikan kita sudah ketinggalan dua daripada sasaran emas. Walaupun boleh dikatakan masih terlalu awal untuk saya katakan begitu, tetapi saya mengaku akan menjadi terlalu sukar untuk memenuhi sasaran lapan emas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Pendekatan Wasatiyyah peringkat kementerian itu di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata harapan untuk menambah pungutan pingat emas tetap ada kerana kontinjen negara masih bersaing dalam acara pelayaran, karate, boling, hoki dan terjun.
Walaupun memulakan kempen dengan nota gemilang apabila memperoleh emas luar jangka menerusi acara wushu pada hari pembukaan kejohanan 20 Sept lepas, beliau berharap atlet negara yang masih bersaing akan terus mempamer semangat untuk menambah pungutan pingat sebelum temasya melabuhkan tirai Ahad ini.
Sehingga semalam, kontinjen negara berada di kedudukan ke-14 daripada 20 negara bertanding dengan mengumpul tiga pingat emas, sembilan gangsa dan sembilan perak.
Namun hari ini dilaporkan emas yang dimenangi dalam acara wushu wanita telah ditarik balik kerana pesertanya gagal ujian doping.
Dalam perkembangan sama, Khairy mengakui sukan sepak takraw perlu diberi suntikan idea baharu bagi memastikan kegemilangan yang pernah dicatat pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur tidak terkubur ditelan masa.
Beliau berkata kebangkitan ketara yang dipamerkan pasukan Korea Selatan perlu dijadikan iktibar dalam menjana semula kegemilangan skuad sepak takraw dengan sasaran awal adalah pada Sukan SEA 2017.
"Kita berdepan dengan kelemahan dari segi pengurusan takraw oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM). Perkara ini telah saya maklumkan kepada Presiden PSM (Datuk Ahmad Ismail) bahawa perlu ada kerjasama antara Majlis Sukan Negara dan PSM untuk membangunkan semula sukan sepak takraw dan kita letak Sukan SEA 2017 sebagai sasaran kebangkitan kita," katanya.
Selepas tewas kepada Indonesia dalam acara berpasukan, skuad sepak takraw bimbingan Jamaluddin Hassan terus diaibkan apabila ditundukkan Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan pembukaan acara regu semalam.
Bernama
Tue Sep 30 2014
![Sasaran 8 emas di Incheon sukar dicapai - Khairy Jamaluddin Sasaran 8 emas di Incheon sukar dicapai - Khairy Jamaluddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/61377748297_295x200.jpg)
KHAIRY: Sasaran lapan pingat emas kontinjen negara pada Sukan Asia semakin sukar dicapai.
30,000 petugas di hari terakhir sukan Olimpik Paris 2024
Lebih 30,000 anggota keselamatan akan memastikan hari terakhir sukan Olimpik berjalan lancar.
Kesihatan PM Anwar pada tahap optimum
Tahap kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik dan pada tahap yang optimum.
Shafie nafi tidak sokong pentadbiran Anwar
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sentiasa menyokong pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hanya membangkitkan hal-hal tertangguh dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) demi kepentinganb rakyat Sabah.
OperasI SAR ditangguhkan akibat cuaca buruk
Pencarian dua lagi mangsa tragedi bot karam di Perairan Kemaman ditangguhkan susulan cuaca buruk dan laut bergelora pada petang Ahad.
![Azizulhasni tunai janji kepada keluarga, Paris 2024 terakhir Azizulhasni tunai janji kepada keluarga, Paris 2024 terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723392456_TBAZIZULHASNI.jpg)
Azizulhasni tunai janji kepada keluarga, Paris 2024 terakhir
"Saya ada banyak perancangan tapi saya cuma mahu berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan relaks dahulu."
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Ogos 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Laporan Khas Bulan Kebangsaan: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk mendepani cabaran-cabaran masa depan.
![Remaja menyamar petugas hospital dirujuk ke JKM - KP Selangor Remaja menyamar petugas hospital dirujuk ke JKM - KP Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723170613_remajaperempuan.jpg)
Remaja menyamar petugas hospital dirujuk ke JKM - KP Selangor
Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana menceroboh dan menyamar sebagai petugas di HSIS Serdang pada Khamis lepas telah dirujuk kepada JKM Sepang untuk tindakan lanjut.
Lukisan kanak-kanak dua tahun cecah nilai 270 ribu Euro
Baru berusia 2 tahun, tetapi karya Laurent telah mencecah hampir 270 ribu Euro, dan dia bakal mempunyai pamerannya tersendiri pada September ini.
![Olimpik Paris 2024: Tuan rumah raih emas pertama menerusi ragbi 7 sebelah Olimpik Paris 2024: Tuan rumah raih emas pertama menerusi ragbi 7 sebelah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722127618_tbRugbySevens.jpg)
Olimpik Paris 2024: Tuan rumah raih emas pertama menerusi ragbi 7 sebelah
Tuan rumah Perancis meraih emas pertama mereka pada Sukan Olimpik Paris selepas menang 28-7 menentang Fiji.
![AUG 2024: Emas hadiah hari jadi Afiq Danish AUG 2024: Emas hadiah hari jadi Afiq Danish](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719482713_AfiqDanish.jpg)
AUG 2024: Emas hadiah hari jadi Afiq Danish
Atlet judo lelaki negara Afiq Danish Zapri berjaya menyambar pingat emas kategori bawah 90kg di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 hari ini.
![Kem wanita sumbang dua emas Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia Kem wanita sumbang dua emas Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718888254_PasukanwanitaMalay.jpg)
Kem wanita sumbang dua emas Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia
Kem wanita menghadirkan dua pingat emas menerusi acara All Events dan berpasukan wanita pada hari ketiga Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23.
![India bawa pulang 100 tan emas dari Britain - Laporan India bawa pulang 100 tan emas dari Britain - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717154434_GoldBar.jpg)
India bawa pulang 100 tan emas dari Britain - Laporan
India adalah antara pemegang rizab emas terbesar di dunia selain menjadi pengguna kedua terbesar logam berharga itu.
![Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698148375_TBziyad.jpg)
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
![Izzah Izzati tamat kemarau 12 tahun, rangkul emas keirin wanita di India Izzah Izzati tamat kemarau 12 tahun, rangkul emas keirin wanita di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708874625_TBNurulIzzahIzzati.jpg)
Izzah Izzati tamat kemarau 12 tahun, rangkul emas keirin wanita di India
Pelumba berusia 20 tahun itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengatasi Tong Mengqi dari China.
![Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684254256_AzizulhasniAwang.jpg)
Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide
Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.
![Queenie raih emas di Kejohanan Olahraga IPT 2023 Queenie raih emas di Kejohanan Olahraga IPT 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700224588_QueenieTingKungNi.jpg)
Queenie raih emas di Kejohanan Olahraga IPT 2023
Atlet lempar cakera wanita itu merangkul emas acara lempar cakera pada Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2023 hari ini.
![Tabah hadapi dugaan - Resipi Sivasangari gondol emas berganda Tabah hadapi dugaan - Resipi Sivasangari gondol emas berganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695978233_SSivasangari.jpg)
Tabah hadapi dugaan - Resipi Sivasangari gondol emas berganda
"Saya telah meningkatkan kekuatan mental dan itu merupakan faktor kelebihan berbanding dengan lawan atas kejayaan dalam acara perseorangan ini."
![Sukan Asia: Malaysia kalahkan Hong Kong untuk emas wanita berpasukan skuasy Sukan Asia: Malaysia kalahkan Hong Kong untuk emas wanita berpasukan skuasy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41696062430_Skuasy.jpg)
Sukan Asia: Malaysia kalahkan Hong Kong untuk emas wanita berpasukan skuasy
Skuad skuasy wanita kebangsaan mempamerkan satu lagi aksi cemerlang mereka untuk merampas semula pingat emas Sukan Asia acara wanita berpasukan, dengan menewaskan juara bertahan Hong Kong 2-1.