KEMELUT pemain pasukan bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berdepan tunggakan gaji perlu diselesaikan segera dengan bantuan kerajaan negeri.
Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail, berkata, biarpun kelab tersebut bukan dimiliki oleh kerajaan negeri, namun ia membawa nama Kedah dalam arena bola sepak negara.
Menurutnya, dibimbangi sekiranya gagal diselesaikan dalam tempoh terdekat, KDA FC tidak dapat beraksi dalam Liga Super pada musim hadapan.
“Krisis tunggakan gaji pemain berlarutan sejak empat bulan lalu namun masih belum menemui penyelesaian.
“Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selaku penaung bola sepak negeri tidak boleh lepas tangan dalam isu ini, beliau seharusnya mempunyai keazaman politik (political will) untuk selesaikan masalah tersebut dari aspek bantuan kewangan,” katanya, di sini, pada Ahad.
Mohammad Fitri berkata, keprihatinan dan tanggung jawab kerajaan negeri amat diperlukan untuk memastikan Kedah terus memberikan saingan dalam liga negara.
"Sanusi tidak boleh hanya berpeluk tubuh, perlu ambil tanggung jawab bantu cari penyelesaian isu ini yang sepatutnya selesai pada 31 Januari lalu.
“Ia perlu ditangani dengan cara lebih prihatin biar pun pasukan itu bukan lagi bawah pengurusan kerajaan negeri secara langsung dan dibiayai penaja,” ujarnya.
Menurutnya lagi, pengurusan KDA FC juga wajar memberikan penjelasan konkrit berkenaan hala tuju pasukan dan tidak membiarkan pemain berterusan tercari-cari arah masa depan mereka.
"Pihak pengurusan beri jaminan isu tunggakan gaji akan selesai, namun sehingga kini pemain masih lagi tidak mendapat bayaran gaji.
"Saya harap pengurusan pasukan tampil berikan penjelasan kepada pemain mahupun peminat bola sepak Kedah yang berhak tahu hala tuju dan situasi sebenar.
"Bayangkan bekerja tanpa gaji sudah pasti memeritkan mereka dengan tanggung jawab untuk menampung diri dan keluarga," ujarnya lagi.
Sebelum ini, tular perkongsian video di media sosial mendakwa pemain KDA FC ‘mengemis’ untuk mendapatkan hak mereka selepas beberapa bulan mengalami tunggakan pembayaran gaji.
Pengurusan KDA FC mengakui pasukannya mengalami masalah tersebut membabitkan skuad utama Liga Super serta pasukan bawahan kelab itu dan sedang berusaha menangani isu tersebut.
Pada Rabu, Sanusi tegaskan, kerajaan negeri tidak boleh lagi mencampuri urusan KDA FC kerana ia merupakan kelab swasta dimiliki individu serta diuruskan sebagai sebuah syarikat.
Menurutnya, apabila sudah diswastakan adalah menjadi tanggung jawab syarikat tersebut untuk menguruskan pembayaran gaji dan sebagainya.
Sementara pada 31 Disember lalu, Naib Presiden KFA, Muhammad Radhi Mat Din memaklumkan selaku badan induk bola sepak negeri, KFA sedang berbincang dengan KDA FC untuk menguruskan salah satu pasukan pembangunan di bawah kelab tersebut bagi musim 2024.
Exco Belia dan Sukan itu berkata, persatuan akan mengambil alih pasukan belia atau presiden untuk memberi tumpuan kepada bakat muda sekali gus membantu meringankan beban kewangan KDA FC.
Menurutnya, perkara tersebut masih lagi di peringkat perbincangan dan perlu diteliti oleh KFA dan KDA FC agar mematuhi peraturan ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Malaysian Football League (MFL). - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 12 2024
Muhammad Sanusi Md diingatkan oleh Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Kedah agar tunggakan gaji pemain-pemain KDA FC perlu diselesaikan segera dengan bantuan kerajaan negeri.
Kerja pembaikan SMK Lutong akan dilakukan segera
Kerja-kerja pembaikan asas SMK Lutong, Miri yang terjejas akibat ribut pada hujung minggu lalu akan dilakukan dengan segera.
Terus bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu rakyat di negeri itu terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan
Hujan berterusan di timur Sabah hingga 30 Disember
MetMalaysia keluarkan amaran ramalan cuaca signifikan berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun lemah dijangka berlaku pada 28 hingga 30 Disember 2024.
Penduduk perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh
Perancangan jangka panjang sedang dirangka bagi membantu mangsa insiden angin kencang di penempatan atas air di Semporna.
Utamakan keselamatan, rai dengan keceriaan - Bomba Sabah
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Zainal@Jainal Madasin berkata, masyarakat perlu berwaspada terhadap sebarang risiko termasuk kebakaran, kemalangan, serta banjir.
14 barangan di bawah SHMMP bermula 23 hingga 27 Disember
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah mewartakan 14 jenis barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Sempena Hari Krismas.
Pengurus Besar Perak FC umum letak jawatan berkuat kuasa 1 Jan ini
Pengurus Besar Perak FC Neow Choo Seong mengumumkan peletakan jawatan dalam pasukan itu berkuat kuasa 1 Jan 2025.
PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
JSPT Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Bekas ahli 'Dolla' Syasya Rizal selamat bersalin anak sulung
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan momen suami membacakan azan dan iqamat kepada bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.
Kerajaan Kelantan akan ambil tindakan tegas berhubung tarian colok mata di Tanah Merah
Kerajaan Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjuran majlis makan malam yang didakwa menyediakan persembahan tarian mencolok mata.
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.
MB Kedah akan patuhi titah Sultan Selangor, jaga tutur kata
Menteri Besar Kedah itu juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.
AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.
Sultan Selangor terima permohonan maaf Sanusi, titah jaga adab sebagai pemimpin
Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu.