NOKIA tidak lagi menjual telefon pintar dengan hak pelesenan nama tidak diteruskan dengan HMD tahun ini.


Ringkasan AI
  • Nokia sedang berbincang dengan Samsung untuk menjual perniagaan peralatan komunikasi mereka pada harga $10 bilion.
  • Jika Samsung mengambil alih, mereka akan dapat bersaing dengan Ericsson dan Huawei dalam segmen Radio Access Network (RAN).
  • Pengambilalihan ini akan menjadikan Samsung Networks sebagai pengeluar peralatan komunikasi kedua terbesar dunia dengan pegangan pasaran 25.6%.


Kini muncul laporan Nokia akan menjual pula perniagaan peralatan komunikasi mereka kepada Samsung.

Menurut Bloomberg, kedua-dua gergasi komunikasi ini sedang melakukan perbincangan dengan Samsung akan mengambil alih perniagaan tersebut daripada Nokia pada harga $10 bilion.

Jika Samsung mengambil alih perniagaan peralatan komunikasi Nokia, mereka akan dapat memberikan persaingan kepada Ericsson dan Huawei dalam segmen Radio Access Network (RAN) yang diperlukan oleh telefon mudah alih.

Samsung Networks, anak syarikat Samsung Electronics secara automatik juga akan dapat menjadi pengeluar peralatan komunikasi kedua terbesar dunia dengan pegangan 25.6%.

Samsung bukanlah nama besar pada ketika ini tetapi kelengkapan mereka telahpun digunakan oleh O2, Reliance Jio, KDDI, NTT DoCoMo, Verizon dan Vodafone in the UK.

Sejak tiga tahun kebelakangan ini juga mereka berjaya memegang beberapa rekod kelajuan internet mudah alih terpantas dunia dala ujian 6G. -Amanz