Jumlah bilangan atlet negara ke Sukan SEA ke-27 di Myanmar, bulan depan, akan dimuktamadkan semasa mesyuarat pengurus pasukan, Isnin ini, kata ketua kontinjen negara Datuk Wira Amiruddin Embi.
Beliau berkata jumlah atlet negara pada temasya dwitahunan itu tidak dapat dipastikan sebelum ini kerana Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) baru sahaja mengadakan Kejohanan Terbuka Malaysia bulan lepas.
"Kami harap dapat menentukan jumlah sebenar atlet negara ke Myanmar semasa mesyuarat pengurus pasukan nanti," katanya kepada pemberita pada majlis Inisiatif 'Milo Flame of Energy' oleh Nestle Malaysia di sini pada Rabu.
Kempen Inisiatif 'Milo Flame of Energy' adalah kesinambungan daripada kempen 'Milo Fuels for Champions' oleh Nestle Malaysia sebelum ini.
Ia bermatlamat meraih sokongan daripada 27 juta rakyat Malaysia kepada atlet negara yang bakal beraksi pada Sukan SEA Myanmar dari 11 hingga 22 Dis ini.
Sementara itu, Pengarah Urusan Nestle dan Ketua Serantau Malaysia/Singapura, Alois Hofbauer tidak menolak kemungkinan syarikat itu memberi imbuhan sekiranya atlet negara mampu menuai lebih banyak pingat emas di Myanmar.
"Biar kita lihat apa yang mereka (atlet Malaysia) boleh mencapai (dalam Sukan SEA) sebelum kami menguruskan beberapa ganjaran menarik," katanya.
Bernama
Wed Nov 06 2013


Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Saiz kontinjen Malaysia ke Myanmar akan diketahui Isnin ini
Jumlah atlet negara pada temasya dwitahunan itu tidak dapat dipastikan sebelum ini kerana Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) baru sahaja mengadakan Kejohanan Terbuka Malaysia bulan lepas.