“CRISTIANO Ronaldo menang kejuaraan Euro selepas beraksi sebagai 'jurulatih pasukan' buat kali pertama".

Ini yang hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial susulan perlawan akhir Euro 2016 awal pagi ini.

Portugal menjuarai trofi antarabangsa utama yang pertama selepas mengejutkan tuan rumah Perancis 1-0 pada perlawanan akhir Euro 2016.

Pasukan itu terpaksa beraksi tanpa kaptennya, Ronaldo akibat kecederaan lutut seawal minit ke-25 perlawanan.

Namun, kehilangan Ronaldo tidak mematahkan semangat pasukan itu untuk terus beraksi dengan cemerlang.

BACA: Portugal juara Euro 2016

Bukan sahaja pasukan, malah penyokong pasukan itu tidak berputus asa, malah kagum dengan dedikasi serta semangat Ronaldo dalam mengurus pasukan itu dari luar padang.

Netizen menyifatkan Ronaldo sebagai seorang bakal jurulatih yang berkaliber.

Menurut mereka, Ronaldo telah menampikan beberapa ciri pengurusan yang begitu baik, antaranya ialah memberi semangat dan arahan kepada rakan sepasukannya dari luar padang.

"Ronaldo menang perlawanan selepas berperanan sebagai jurulatih buat kali pertama," kata Docmm77.

"Ronaldo merupakan pengurus pertama untuk menang kejuaraan Euro dalam masa 45 minit," kata Francesso Totti dalam Twitternya.













Ada yang berkata, Ronaldo yang pernah bermain untuk Manchester United turut menampilkan cara pengurusan seperti Alex Furgeson.