Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menaja tiket penerbangan untuk keluarga Mohd Faiz Subri ke Zurich, Switzerland bagi menghadiri Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 pada 9 Jan depan.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM akan menaja tiga tiket penerbangan kelas perniagaan untuk isteri pemain Pulau Pinang itu, Norzawanis Hashim, 29, serta dua anaknya, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.
Mereka akan ditemani Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah ke majlis anugerah berkenaan.
"Penajaan tiket penerbangan itu adalah sebagai menghargai kejayaan Mohd Faiz mencipta sejarah menjadi pemain pertama Malaysia tercalon bagi anugerah tahunan gol tercantik iaitu Anugerah Puskas FIFA," kata Hamidin menerusi satu kenyataan.
Menurutnya, FAM juga sudah menerima surat rasmi daripada FIFA berhubung butiran lengkap aktiviti dan program sepanjang majlis anugerah berkenaan.
Pada 2 Dis lepas, FIFA menerusi laman web rasminya www.fifa.com mengumumkan gol ajaib Mohd Faiz tersenarai antara tiga calon akhir untuk Anugerah Puskas bersama pemain kelab Corinthians dari Brazil, Marlone, 24 dan pemain wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela.
Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.
Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun telah dimenangi beberapa bintang dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar Jr dan James Rodriguez. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 15 2016
![FAM taja tiket penerbangan isteri, anak Faiz Subri ke Zurich FAM taja tiket penerbangan isteri, anak Faiz Subri ke Zurich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/41481536627_MohdFaizSubri.jpg)
Pada 2 Dis lepas, FIFA menerusi laman web rasminya www.fifa.com mengumumkan gol ajaib Mohd Faiz tersenarai antara tiga calon akhir untuk Anugerah Puskas. - Gambar fail
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Kerajaan Pulau Pinang beri RM50,000 kepada Faiz Subri Kerajaan Pulau Pinang beri RM50,000 kepada Faiz Subri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/71484151492_MohdFaizSubri.jpg)
Kerajaan Pulau Pinang beri RM50,000 kepada Faiz Subri
Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan imbuhan sebanyak RM50,000 kepada Mohd Faiz Subri atas kejayaannya memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, Isnin lepas.
![Jangan pertikai kejayaan Mohd Faiz Subri rangkul anugerah Puskas FIFA - Khairy Jangan pertikai kejayaan Mohd Faiz Subri rangkul anugerah Puskas FIFA - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41484146591_950x600.jpg)
Jangan pertikai kejayaan Mohd Faiz Subri rangkul anugerah Puskas FIFA - Khairy
Kejayaan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland tidak sepatutnya dipersoalkan oleh sesetengah pihak.
![Anugerah Puskas 2016: Faiz Subri terima ganjaran RM150,000 Anugerah Puskas 2016: Faiz Subri terima ganjaran RM150,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81484129862_FaizSubriKLIA.jpg)
Anugerah Puskas 2016: Faiz Subri terima ganjaran RM150,000
Pemain Pulau Pinang yang juga pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri, bakal menerima ganjaran keseluruhan RM150,000.
![Jumlah tontonan jaringan Faiz Subri tertinggi menjelang Anugerah Puskas 2016 Jumlah tontonan jaringan Faiz Subri tertinggi menjelang Anugerah Puskas 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61455672614_FaizSubri.jpg)
Jumlah tontonan jaringan Faiz Subri tertinggi menjelang Anugerah Puskas 2016
Ia jauh meninggalkan video aksi jaringan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
![Mohd Faiz terima persalinan tradisional Melayu Mohd Faiz terima persalinan tradisional Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51483804206_MohdFaizSubri.jpg)
Mohd Faiz terima persalinan tradisional Melayu
Pemain tengah Pulau Pinang Mohd Faiz Subri menerima persalinan lengkap busana tradisional Melayu berserta tanjak Mahkota Alam daripada Armada Melaiu Malaysia.
![Anugerah Puskas: Faiz Subri akui debaran semakin hebat Anugerah Puskas: Faiz Subri akui debaran semakin hebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61483794812_FaizSubriPUSKAS.jpg)
Anugerah Puskas: Faiz Subri akui debaran semakin hebat
Calon akhir anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri mengakui debaran yang dirasainya semakin hebat sebelum berlepas ke Zurich, pagi esok.
![FAM taja tiket penerbangan isteri, anak Faiz Subri ke Zurich FAM taja tiket penerbangan isteri, anak Faiz Subri ke Zurich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/41481536627_MohdFaizSubri.jpg)
FAM taja tiket penerbangan isteri, anak Faiz Subri ke Zurich
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menaja tiket penerbangan untuk keluarga Mohd Faiz Subri ke Zurich, Switzerland bagi menghadiri Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.
![Faiz tonton Ronaldo, Messi buat sepakan percuma melalui YouTube - Bapa Faiz tonton Ronaldo, Messi buat sepakan percuma melalui YouTube - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51480782023_faizsubri.jpg)
Faiz tonton Ronaldo, Messi buat sepakan percuma melalui YouTube - Bapa
Subri berkata bakat Mohd Faiz dalam bola sepak sudah dikesan seawal usia dua tahun lagi, apabila dia boleh menggelecek bola dengan begitu baik sekali di usia semuda itu.
![Anugerah Puskas: Ayuh rakyat Malaysia, viralkan undian untuk Faiz Subri - Khairy Anugerah Puskas: Ayuh rakyat Malaysia, viralkan undian untuk Faiz Subri - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41479993832_MohdFaizSubri.jpg)
Anugerah Puskas: Ayuh rakyat Malaysia, viralkan undian untuk Faiz Subri - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta rakyat negara ini mengundi gol cantik Mohd Faiz Subri yang tersenarai dalam Anugerah Puskas FIFA 2016.