Roger Federer terpaksa bermain sehingga tiga set untuk menewaskan pemain wild card Tunisia, Malek Jaziri pada perlawanan pusingan pertama.
Memburu gelaran keenam kejohanan, Federer yang berdepan lawan di rangking ke-128 dunia bermula goyah pada set pertama dimana bintang tenis Switzerland itu tunduk kepada Jaziri 5-7.
Tersentak, Federer bangkit memperkemaskan rentak permainan pada set berikutnya.
Hasilnya, juara 17 kali Grand Slam itu berjaya meraih kemenangan 6-0 dan 6-2 sekaligus mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua.
Sementara itu, pemain piala Davis India, Somdev Devvarman membuat kejutan apabila menyingkirkan pemain Rusia, Igor Kunitsyn 6-1 6-4 untuk ke pusingan seterusnya.
Pilihan ketujuh Andreas Seppi menundukkan Paul-Henri Mathieu dari Peranics 6-3, 7-5 untuk bertemu Lukas Rasol di pusingan kedua.
Dalam pertemuan ini, pemain Itali itu menyempurnakan enam daripada 15 “break point” untuk menang dalam tempoh 86 minit.
Pilihan kelapan, Mikhail Youzhny bangkit dari permulaan hambar untuk menumpaskan pemain Slovenia, Blaz Kavcic 1-6, 6-1, 6-3 dalam masa 89 minit.
Peringkat seterusnya, pemain Rusia yang juga finalis 2007 dan 2010 ini akan bertemu Daniel Brands yang membenam cabaran Florent Serra 7-6, 6-4.
Astro Awani
Tue Feb 26 2013
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Rodger Federer terpaksa bekerja keras
Roger Federer terpaksa bermain sehingga tiga set untuk menewaskan pemain 'wild card' Tunisia, Malek Jaziri pada perlawanan pusingan pertama.