Anggota keluarga pemain negara, Tan Wee Kiong, gembira dengan pencapaian Wee Kiong dan gandingannya, Goh V Shem meraih pingat perak acara beregu lelaki badminton pada Sukan Olimpik Rio 2016.
Tan Hui Tat, adik lelaki Wee Kiong, berkata pasangan beregu lelaki negara itu berusaha habis-habisan dalam perlawanan akhir menentang gandingan dari China Fu Haifeng-Zhang Nan sepanjang perlawanan itu malam tadi.
"Mereka sudah bermain sebaiknya, namun, nasib tidak menyebelahi mereka. Bagaimanapun, kami tetap bersyukur kerana mereka mendapat pingat perak, yang pada mulanya, tidak dijangka mereka boleh melangkah sejauh itu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir itu.
Hui Tat, 24, bersama ibunya Tan Yok Hua, dan adik perempuannya Tan Yun Ying, 15, serta anggota keluarga terdekat dan jiran menonton aksi peringkat akhir itu di kediaman mereka di Jalan Bunga Raya, di sini.
Dalam saingan akhir yang mendebarkan itu, gandingan V Shem-Wee Kiong tewas kepada Fu Haifeng-Zhang Nan 21-16, 11-21, 23-21.
GALERI FOTO : Tahniah! kilauan perak buat Goh V Shem-Tan Wee Kiong
Terdahulu, Yok Hua berkata impian suaminya Tan Cham Swee untuk melihat seorang daripada anaknya menyertai sukan berprestij itu akhirnya tercapai apabila Wee Kiong mewakili negara dalam acara tersebut.
Yok Hua, 52, berkata bapa Wee Kiong menyimpan impian tersebut dengan membina dua logo Olimpik menggunakan jubin di tepi rumah mereka pada 2011 dengan harapan ada antara anak mereka beraksi pada sukan Olimpik suatu hari kelak.
Di TANGKAK, keluarga Wee Kiong di Kampung Kundang Ulu tetap berbangga dengan kejayaan beliau walaupun gagal membawa pulang pingat emas pertama negara daripada temasya Olimpik Rio.
Tan Wee Gieen, 22, adik lelaki Wee Kiong, berkata beliau berharap abangnya itu tidak berputus asa, sebaliknya lebih bersemangat untuk memburu pingat emas pertama negara di temasya Olimpik Tokyo pada 2020 nanti.
"Abang saya dan pasangannya Goh V Shem telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan hampir meraih pingat emas namun nasib tidak berpihak kepada mereka malam ini," katanya ketika ditemui pemberita.
Lebih 1,000 orang berkumpul di hadapan rumah Tan Kin Keang, bapa saudara Wee Kiong, untuk menyaksikan perlawanan akhir acara beregu lelaki itu.
Wee Gieen yang juga merupakan atlet pelapis bagi acara badminton beregu lelaki, berkata walaupun gagal meraih pingat emas, abangnya berjaya mengukir sejarah tersendiri dan menunaikan impian bapa mereka yang ingin melihat anaknya beraksi di Sukan Olimpik.
Wee Gieen berkata abangnya merupakan idola hidupnya dan beliau harap mampu menurut langkah Wee Kiong untuk beraksi di Olimpik Tokyo empat tahun lagi.
Sementara itu sepupunya, Tan Wei Hao, 29, berkata sebagai anggota keluarga terdekat dan rakyat Malaysia, beliau berbangga serta gembira dengan kejayaan Wee Kiong.
"Saya masih ingat lagi masa kecil dahulu pernah bermain badminton di sini (Kampung Kundang Ulu) bersama Wee Kiong dan rakan-rakan lain.
"Sejak kecil beliau (Wee Kiong) mempunyai bakat Saya merupakan pasangan beregu pertama Wee Kiong namun yang bezakan kami adalah beliau wira negara dan saya penyokong nombor satunya," katanya.
Bernama
Sat Aug 20 2016
Anggota keluarga pemain badminton beregu lelaki negara Tan Wee Keong (dari kiri) adik bongsu Tan Yun Ying, 15, ibunya Tan Yok Hu 52, dan adiknya Tan Wee Tat, 24. - Foto Bernama
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Terbuka Denmark: Axelsen tarik diri, muntah di tepi gelanggang
Juara Sukan Olimpik dua kali itu berdepan Alex Lanier sebelum meminta untuk berehat seketika sehingga muntah di tuala apabila tamat set pertama.
Aaron-Wooi Yik lepasi halangan pertama Terbuka Denmark 2024
Pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 itu beraksi cemerlang dengan menundukkan beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.
Aaron-Khai Xing juara Remaja Dunia, tamat kemarau 13 tahun
Aaron-Khai Xing muncul juara remaja dunia selepas mengharungi pertarungan rubber set selama 65 minit menentang pasangan tuan rumah.
Terbuka Artik 2024: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke final
Beregu profesional lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berpeluang untuk meraih gelaran ketiga mereka tahun ini selepas mara ke final Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland hari ini.
Meraikan sukan: Rakyat Malaysia bersatu untuk Hari Sukan Negara di China dan Indonesia
Dalam usaha menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, perwakilan diplomatik Malaysia di China dan Indonesia telah menganjurkan acara Hari Sukan Negara (HSN) di lokasi masing-masing.
Sze Fei-Nur Izzuddin ke separuh akhir Terbuka Artik
Gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024, hari ini.
Terbuka Artik: Aaron-Wooi Yik disingkirkan, Pearly-Thinaah mara ke suku akhir
Nasib berbeza menyebelahi pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah yang mara ke pusingan suku akhir.
Zii Jia singkir Popov dalam misi pertahan gelaran Terbuka Artik
Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa 43 minit untuk menewaskan Popov pada pusingan pertama kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.