Dalam aksi separuh akhir di Anergia Areenadi, pasangan pilihan kelima dan juara Terbuka China 2024 itu mencipta kejutan sensasi ke atas pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chan selepas bangkit daripada tewas set pertama untuk menang 19-21, 21-17, 21-18 dalam pertarungan selama 62 minit.
Gandingan nombor lapan dunia itu akan menentang sama ada pilihan kedua Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark atau Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh dari Thailand, yang dijadual bersaing dalam satu lagi aksi separuh akhir lewat malam ini.
Bekas juara remaja dunia, Nelson Heg-Teo Ee Yi merupakan satu-satunya beregu lelaki Malaysia yang pernah bergelar juara bagi acara Super 500 itu pada edisi 2013.
Sementara itu, cubaan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk mara ke final terhenti selepas tewas kepada pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 14-21, 8-21.
-- BERNAMA