Atlet terjun negara, Ng Yan Yee, mengakui melakukan kesilapan pada terjunan keempat yang menjejaskan tumpuannya, sekali gus sekadar menamatkan saingan di tempat ke-10 keseluruhan dalam acara tiga meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Rio.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu memulakan tiga terjunan awal dengan baik, sebelum kehilangan fokus pada terjunan keempat.
Bagi Yan Yee, dia sudah berusaha bangkit selepas terjunan keempat, namun gagal dan sekadar meraih 306.60 mata keseluruhan.
"Saya tidak tahu nak kata apa. Saya sudah buat yang terbaik yang saya mampu. Ia boleh diperbaiki. Saya harap dapat lakukan dengan lebih baik (pada masa) akan datang," katanya.
Walaupun gagal meraih pingat, Yan Yee berjaya menyerlahkan peningkatan dengan kemaraan ke final, berbanding tempat ke-24 di temasya London, empat tahun lalu.
"Berbanding dengan Olimpik lepas, prestasi saya meningkat banyak. Saya tidak bandingkan dengan sesiapa, saya bandingkan dengan diri saya sendiri.
"Dalam tempoh empat tahun, saya bekerja keras. Terima kasih," katanya.
Saingan itu diungguli Shi Tingmao dari China dengan 406.05 mata, diikuti rakan senegaranya, He Zi, 387.90 mata.
Gangsa diraih Tania Cagnotto dari Itali dengan 372.80 mata.
Astro Arena
Mon Aug 15 2016

Bagi Yan Yee, dia sudah berusaha bangkit selepas terjunan keempat, namun gagal dan sekadar meraih 306.60 mata keseluruhan. - Foto Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.

Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis - Mohamad Norza
Mohammad Norza berharap pencapaian Wendy Ng akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengekalkan dominasi Malaysia dalam sukan itu di pentas antarabangsa.

Bertrand harap dimasukkan dalam program RTG
Pemuda Sarawak berusia 18 tahun itu dijangka mengetahui kedudukannya selepas mesyuarat Jawatankuasa RTG minggu depan.

Nur Dhabitah raih tiga emas di Grand Prix KL
Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri meraih tiga pingat emas Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil, hari ini.

Nur Dhabitah raih perak kedua di Birmingham
Beliau yang mendahului carta selepas terjunan ketiga dengan 207.90 mata, menampilkan gerakan kurang kemas pada terjunan keempat.

Sukan SEA Hanoi: Wendy Ng rangkul emas kelima, Ker Ying raih perak
Wendy Ng meraih pingat emas kelima negara dengan catatan 270.60 mata dalam acara 3m papan anjal wanita.

Kegembiraan berganda buat Nur Dhabitah di Ipoh
Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri memenangi dua acara pada hari pertama Kejohanan Jemputan Kumpulan Umur Malaysia di Ipoh, Perak, hari ini.

Tokyo 2020: Dhabitah sedia beri inspirasi kepada ramai gadis sertai sukan terjun
Nur Dhabitah sedia mainn peranan sebagai duta kepada sukan akuatik bagi menggalakkan lebih ramai anak muda melibatkan diri dalam sukan terjun.

Tokyo 2020: "Senyuman awak ada orang jaga?" Jawapan Nur Dhabitah buat ramai terkejut
"Maksudnya, senyuman itu, sudah ada yang special tak yang akan jaga senyuman tu?"

Rio 2016: 'Saya tidak tahu nak kata apa' - Yan Yee
Atlet terjun negara, Ng Yan Yee, mengakui melakukan kesilapan pada terjunan keempat menjejaskan tumpuannya untuk meraih kedudukan terbaik.