TOKYO: Selepas mencuri hati rakyat Malaysia dengan persembahan terpuji dan senyuman menawan di Olimpik Tokyo 2020, atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri ingin memberi inspirasi kepada para gadis untuk menyertai sukan itu.
Berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur, Nur Dhabitah bersedia memainkan peranan sebagai duta kepada sukan akuatik yang disayanginya bagi menggalakkan lebih ramai anak muda melibatkan diri dalam sukan terjun.
"Dengan persembahan saya di Olimpik, saya harap ramai gadis yang akan mencuba sukan terjun.
"Saya fikir kita perlu lebih ramai penerjun dan pertandingan... perlu lebih banyak bersaing antara satu sama lain, bukan sahaja dalam kalangan pemain remaja, malah remaja juga boleh bertanding dengan senior, bagi menghidupkan mod permainan," katanya menerusi video daripada laman Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini.
Pada saingan akhir 3 meter (m) papan anjal wanita individu pada Ahad, Nur Dhabitah terlepas peluang meraih pingat gangsa apabila menamatkan saingan pada kedudukan keempat dengan 326.15 mata, di belakang juara bertahan Shi Tingmao (383.50) dan Wang Han (348.75) dari China serta penerjun Amerika Syarikat Krysta Palmer (343.75).
Nur Dhabitah yang menjadi sohor kini dalam platform media sosial disebabkan senyuman yang sentiasa terukir sebelum setiap terjunan berkata: "Saya tidak sengaja melakukannya, hanya cuba relaks dan menikmati pertandingan, tidak menunjukkan rasa takut."
Malah, beliau juga berjaya mendapatkan beberapa tip berharga daripada pakar papan anjal Tingmao, yang memenangi empat pingat emas Olimpik dan lapan kejuaraan dunia secara keseluruhan.
"Saya tidak katakan kami rapat, tetapi kami berbual, beliau sangat ramah dan saya bertanya kepadanya bagaimana untuk beraksi lebih baik dalam beberapa perkara. Beliau memberi nasihat, sangat membantu dan berharap dapat menggunakannya semasa latihan apabila saya pulang dari Olimpik," katanya.
BACA: Tokyo 2020: "Senyuman awak ada orang jaga?" Jawapan Nur Dhabitah buat ramai terkejut
Pemenang pelbagai pingat di Sukan Asia dan Komanwel, Nur Dhabitah berharap dapat menambah baik prestasinya dalam memburu pencapaian di Paris 2024, selain mempertimbangkan untuk mencuba dalam acara 10 m platform.
Selepas berbulan menjalani latihan melalui pendekatan berasaskan kuarantin di bawah gelembung sukan, beliau mengakui melihat peserta dari negara lain dan berjalan di sekitar Perkampungan Sukan, sedikit sebanyak membantu menghilangkan tekanannya. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 02 2021

Berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur, Nur Dhabitah bersedia memainkan peranan sebagai duta kepada sukan akuatik yang disayanginya bagi menggalakkan lebih ramai anak muda melibatkan diri dalam sukan terjun. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tokyo 2020: "Senyumlah Nur Dhabitah" - Pesan Perdana Menteri
Muhyiddin menegaskan biarpun tanpa pingat, kelibat dan aksi Nur Dhabitah jelas menghiburkan dan mempamerkan semangat yang tidak mudah mengalah.