SHAH ALAM: Minat mendalam terhadap sukan permotoran dua roda membuatkan Nur Atikah Azwar menyahut cabaran menubuhkan pasukan perlumbaan sendiri untuk bersaing dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2021, Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) dan Lumba Drag.
Nur Atikah, 25, muncul wanita termuda pertama di Malaysia memiliki pasukan perlumbaan dikenali sebagai Tuneboss-Pink Racing Team yang akan menggunakan jentera Yamaha Lagenda dalam Kejuaraan Cub Prix.
Bermula sebagai "motovlogger" pada 2019 dengan membuat video berkaitan pengembaraan, cara memperbaiki motosikal dari perspektif wanita serta ulasan saingan Cub Prix sebelum ditawar untuk mempromosikan aktiviti sampingan kejohanan itu pada tahun sama.
Beliau kemudian menyahut cabaran sebagai pelumba sokongan pada perlumbaan sokongan kategori Pro-Am 2020 sehingga dikenali sebagai "Rider Helmet Pink".
Cinta terhadap sukan itu yang didominasi lelaki terus meningkat sehingga Nur Atikah membuat keputusan menubuhkan pasukan sendiri pada hujung tahun lepas bagi memberi peluang kepada lebih ramai wanita sebagai pelumba dan kru pasukan.
"Saya tubuhkan pasukan ini untuk tarik ramai wanita ke dalam industri sukan permotoran Malaysia kerana di luar sana ramai wanita yang bercita-cita menjadi pelumba. Ada juga yang ingin menjadi mekanik tetapi mereka tiada platform untuk memulakan perjalanan itu.
"Jadi, saya berharap mungkin suatu hari nanti kami boleh mengembangkan pasukan dengan ramai lagi wanita. Bagaimanapun, kami tidak mahu dibarisi wanita sepenuhnya, ada juga sokongan kuat daripada lelaki dalam pasukan," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran pasukannya di sini, pada Ahad.
Nur Atikah berkata pasukannya tidak meletakkan sasaran tinggi tetapi mahu menimba pengalaman dan meningkatkan kemampuan jentera.
Beliau turut memperkenalkan tiga pelumba Tuneboss-Pink Racing Team bagi cabaran Cub Prix terdiri daripada Alia Saarizan bagi kategori Wira sementara Fifi Muhammad dan pelumba tunggal lelaki Harith Baharin berlumba dalam kelas CP125.
Sementara itu, Fifi yang mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai kategori perlumbaan Siri Super Malaysia (MSS) dan Cub Prix menyasarkan meraih sebanyak mata yang boleh.
"Saya di tahun pertama untuk (kelas) CP125, sandaran saya tidak tinggi tetapi saya berharap boleh mengumpul mata di setiap pusingan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 14 2021
Nur Atikah (dua dari kiri) berkata pasukannya tidak meletakkan sasaran tinggi tetapi mahu menimba pengalaman dan meningkatkan kemampuan jentera. -- fotoBERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Rider Helmet Pink' tubuh pasukan lumba motosikal
Nur Atikah muncul wanita termuda pertama di Malaysia memiliki pasukan perlumbaan dikenali sebagai Tuneboss-Pink Racing Team yang akan menggunakan jentera Yamaha Lagenda dalam Kejuaraan Cub Prix.