AL NASSR 2 AL KHALEEJ 0 

CRISTIANO Ronaldo merakamkan jaringan ke-400 sejak berusia 30 tahun menerusi gol pembukaan memukau dalam kemenangan 2-0 Al Nassr ke atas Al Khaleej, awal pagi tadi. 

Ronaldo, 38, di luar kotak penalti sebelum memperdayakan lawan yang disudahi satu rembatan kencang yang menggegar jaring pada minit ke-26.

Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu mengambil sentuhan untuk mengatur dirinya sebelum merembat bola ke bumbung jaring dari luar arka penalti.

Ia merupakan gol liga ke-12 Ronaldo dalam kancah Liga Pro Saudi musim ini untuk meletakkannya sebagai penjaring terbanyak di depan Aleksandar Mitrovic yang menyertai Al Hilal dari Fulham pada Ogos lalu. 


Gol sumbangan Sadio Mane terlebih dahulu dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapatinya ofsaid.

Pertahanan Sepanyol, Aymeric Laporte, menokok gol kedua pada minit ke-58 untuk memastikan kemenangan itu yang meletakkan Al Nassr empat mata di belakang pendahulu liga, Al Hilal. - Stadium Astro

 CRISTIANO RONALDO WHAT A GOAL! pic.twitter.com/sz1PevASvq